Sunday, April 26, 2015

Bahaya Herba Tradisional Tanpa Kawalan

Serba Herba Carca Marba

"Jangan takut encik, ini adalah persediaan herba dan tiada kesan sampingan!"

Amboi, mudahnya kesimpulan yang diambil. Adalkan ianya herba, maka ianya tiada mudharat dan tiada kesan sampingan? Berhati-hati.

Herba yang mempunyai nilai perubatan memang banyak terdapat di pasaran dan sudah hebat dikomersilkan. Saya bukan orang yang ahli di dalam selok belok perubatan herba tradisional ni. Namun saya rasa teringin nak mengingatkan masyarakat kita yang terlalu mengambil ringan dalam isu mengambil ubatan tradisional secara meluas.

Tidak dinafikan bahawa masyarakat di Malaysia memang telah lama mengamalkan pengambilan ubat-ubatan tradisional dengan nama jolokan ubat 'akar kayu'. Samada herba tumbuhan daripada akar, batang, pucuk, buah, kulit atau bunga memang telah lama diamalkan penggunaannya. Namun, kita tidak sepatutnya lupa kepada proses dan tatacara penyediaan dan pengembilannya yang telah dicuba berkali-kali sejak turun temurun. Sudah ratusan tahun ianya dicuba dan kesimpulannya dirumuskan sebagai 'petua'. Setiap herba yang digunakan oleh nenek moyang kita, sentiasa besertakan dengan petua dos pengambilan dan penyediaannya. Malah kaedah untuk memetiknya sekali pun ada dipesan kepada kita. Ada yang mudah difahami dengan lojik akal, dan tidak kurang pula yang agak susah untuk dirumuskan rasional disebaliknya.

Sebagai contoh, di antara yang hebat dikomersilkan adalah 'tongkat ali'. Bukan hasrat saya untuk membuat panduan penggunaannya, tetapi sekadar untuk berkongsi pengalaman yang pernah disampaikan oleh arwah bapa saya yang memang gemar dan menjadi pengamal perubatan tradisional. Diberitakan bahawa kaedah untuk mengambil akar tongkat ali sekali pun, ada petua dan pantang larangnya. Tidak boleh diambil sesuka hati demi menjaga keaslian dan khasiatnya. Maaf, seandainya saya menggunakan 'pantang larang' di sini. Ianya hanya membawa maksud, tatacara yang perlu dipatuhi dan tidak boleh dipandang remeh.

Seandainya petua mengajarkan kita untuk merebus sesuatu herba itu, dari 3 bahagian air sehingga menjadi 1 bahagian, kemudian diminum 3 kali, selama 3 hari. Bermakna itulah tatacara membuatnya yang bertujuan untuk memastikan kepekatannya dan dos yang diambil adalah terkawal. Kepekatannya akan berbeza dan dosnya boleh memudaratkan atau tidak memberi kesan seandainya petua berkenaan tidak diikuti. Kalau hanya berbekalkan kreativiti atau untuk mencari jalan pintas, maka terus kita kisarkan herba berkaan menjadi serbuk dan ditelan begitu sahaja, apakah mungkin badan dan buah pinggang kita mampu menerimanya.

Ada di antara herba yang disarankan untuk direbus, dan ada juga yang perlu dibakar. Terdapat perbezaan kaedah penyediaan samada ianya boleh direbus/dimasak terus dalam keadaan segar atau dikeringkan dahulu sebelum diproses. Semua ini adalah di antara petua penyediaan yang telah dipesan sejak turun termurun demi memastikan khasiat perubatannya dapat dimanfaatkan. Tentu ada sebabnya mengapa daun maman, disarankan untuk dilayukan dahulu sebelum dibuatkan jeruk.. Aduyai! Terliur plak...

Sebaliknya, disebabkan keghairahan untuk mendapat keuntungan yang besar dan pantas, banyak di antara petua-petua ini telah diambilmudah dan diabaikan sewaktu pemprosesannya. Akhirnya, kita sebagai pengguna, mengambilnya tanpa sebarang usul periksa dan mungkin terpaksa menanggung risiko yang mungkin boleh membawa kemudharatan yang tidak diingini. Hanya berbekalkan keyakinan bahawa ianya adalah penyediaan herba dan tidak memberikan kesan sampingan.

Melainkan seandainya kaedah yang digunakan itu telah melalui satu proses kajian klinikal yang baru dengan kaedah pengambilan ekstrak yang terkawal, ianya boleh menjadi satu complementary yang baik kepada petua-petua yang asal tadi. Sekiranya tidak, maka perlulah kita lebih berhati-hati dalam penggunaan herba sebagai perubatan alternative atau complementary.

Dalam pada itu, janganlah terlalu mengambil ringan bahawa semua herba adalah natural dan selamat. Sedangkan daun ketum, ganja, kas-kas dan daun tembakau itu pada hakikatnya ada herba....Adakah selamat penggunaannya tanpa sebarang kawalan? Sedangkan herba-herba ini boleh dijadikan asas kepada penghasilan dadah melalui proses tertentu. Adakah semua herba sesuai untuk wanita hamil? Mungkin kita tidak peka dengan pengambilan sesetengah herba yang boleh mengakibatkan keguguran, atau mungkin sehingga membawa kepada kemandulan.

Orang kita pula jangan sebaik sahaja mendengar nama herba 'misai kucing', terus diambil dengan mengganggap bahawa ianya sesuai diambil begitu saja. Masih ada petua sampingan yang menyarankan agar ianya diambil bersama madu atau bahan-bahan lain. Ia sebenarnya mempunyai banyak khasiat lain yang kadang-kadang kurang mendapat perhatian kerana apa yang di'highlight' oleh pengeluar adalah lebih kepada tarikan komersilnya.

Semoga kita dapat berusaha untuk mencari ilmu dan bertanya kepada yang ahli di dalam bidang ini agar kita tidak tersalah langkah yang boleh mengundang kemudharatan.

Walluahu'alam...

(Komen yg amat dialukan: Prof Saad Othman, Dr Zuraidah Mohd Yusoff, Dr Nabil Halim, Dr Sarah Diyana, Ummi Hafizah Ruhaizan, Husna, Asmaa Agus, Marjmin Habsah Othman)


Unlike · Comment · Share

Sunday, April 19, 2015

"Tak Baik Cakap Mcm Tu"



"Tak Baik Cakap Mcm Tu"


Teringat sewaktu kita tersebut sesuatu perkataan yg kurang enak/manis didengar, (arwah) ibu dan ayah sering mengingatkan kita dengan kata2, "Tak nak cakap mcm tu, tak baik. ". Besar maksud "tak baik" dalam kaedah pendidikan kita suatu ketika dulu. Walaupun bila ditanya 'kenapa', belum tentu kita mendapat jawapan yg memuaskan. Namun, dengan hati terbuka, kita menerimanya dgn penuh keyakinan bahawa ibu dan ayah kita pasti berniat baik.

Akhirnya, bila semakin membesar, kita akan cuba mencari alasan dan rasional sendiri, mengapakah timbulnya larangan 'Tidak Baik' itu.
Apa2pun, ianya tetap berjasa dalam mendidik diri kita hingga ke hari ini.

Mungkin di saat kita mengeluarkan kata2 yg kurang enak di laman sosial ini, pasti ianya akan kurang menyenangkan hati (arwah) ibu dan ayah kita.

Al Fatihah utk ibu/ayah yg telah meninggalkan kita.


............. Archive Dari FB Posting

Berkata Baik Di Laman Sosial




Sebelum kita nak mengeluarkan kata-kata yg mempunyai unsur negatif terhadap seseorang, lebih elok kita fikir berulang kali. Apatah lagi bila ianya disiarkan di laman sosial yg menjadi tatapan dan bacaan umum.

Di manakah kepuasan sebenar apabila kita menggelar seseorang itu sbg bangang, tolol, mabuk, gila kuasa, makan hasil haram, macai, barua dan sebagainya?

Adakah kita bersedia utk menerima apa-apa tanggapan org lain kepada kita hasil daripada tulisan atau kata-kata negatif kita itu?

Sedangkan luahan rasa hati kita dengan kata-kata kesat yg menghina itu kadang-kadang hanya datang dari tanggapan spontan tanpa sebarang usul periksa. Kesahihan yg belum pasti.

Alangkah baik seandainya kita dapat menilai seauatu itu dengan ilmu dan kefahaman yg mendalam. Lebih indah seandainya dapat diselidiki duhulu. Kalau tak banyak pun, memadai dengan sedikit kepastian.

Namun, alasan mudah yg diberikan, "alah, dh jelas di depan mata, tak faham lg ke? Atau sengaja buat tak nampak? Bahlol ngok mmg dh tak nampak kebenaran. Gila punya kencing!!!"

Amboi, sedapnya bahasa. Atau tak sedap? Cuba bayangkan, tulisan daripada seorang ayah atau ibu seperti di atas, sama-sama dibaca oleh anak-anak mereka yg turut sama di laman sosial. Berpuas hatikah kita? Atau memang tak kisah pun?

Kekadang sesuatu pandangan itu heboh diperkatakan, sedangkan fakta sebenarnya jauh terpesong. Bukanlah lebih elok seandainya dapat kita berusaha untuk mencari kebenaran dan kesahihan sesuatu itu dari mereka yg lebih arif.

Seandainya kita turut menjadi ejen penyebarannya, dan ditokok tambah lg dgn kata-kata cacian serta maki hamun, maka semakin terserlah ketidakwajaran pemikiran kita.

Inilah saatnya yg dikatakan sebagai "Diam itu lebih baik dari berkata-kata".

Bercakap biarlah berlandaskan ilmu dan kefahaman. Bukan sekadar memuaskan hati yg bersifat sementara.

Wallahu'alam. ---- FB Posting p

Tuesday, March 24, 2015

Kenangan Kisah Masa Dulu - Zaman Kanak-kanak (Dolu Dolu)

Kenangan semasa zaman kanak-kanak dulu, pasti banyak kisah yang menarik dan melucukan.  Hasil perkongsian oleh seorang rakan facebook, kemudian saya panjangkan dengan posting sendiri, maka terhasillah kisah yang mampu mencuit hati kecil kita.

Semoga tiada yang terasa hati, kerana semua ini hanya sekadar mengimbau kisah lalu yang mungkin
terdapat kisah suka dan duka, mencuit dan menggelikan hati, atau juga mampu mengalirkan air mata mengenangkan kesempitan hidup di masa dulu.

Namun hasil komen dari rakan fb tidak saya edit demi menjaga keaslian pengkongsian masing-masing.


  1. Husna Ruhaizan : pernah bagi jatuh ice cube, mak tak nampak, sepak masuk bawah petia ais, kan !? 
  2. Hassan Ahmad : Seluaq terlondehh...ketika tengah lari maksima kelajuannya 
  3. Muhammad Muaz Halim: I've done it all. And I'm proud of it! 
  4. Ummi Hafizah Ruhaizan: Makan ayam buat-buat cubit.. tunggu mak kata "angkatla seketoi ayam tu"..haha ni kami lima beradik ja kot.. 
  5. Ummi Hafizah Ruhaizan Klu makan udang besaq simpan last sekali sbb nak tayang kat org lain.. haha.. (eh apsai asyik bab makan ja ni..??) 
  6. Laila Maisarah Sharifuddin Type mesej guna huruf besar & kecik dalam satu perkataan... 
  7. Habsah Othman Masa umur 7 tahun..kalau mkn nasi lauk sotong....yg dipotong bulat mcm cincin. Simpan yg last sekali boh kat jari buat cincin.. sambil gigit mkn pelan-pelan sbb sayang. 
  8. Aminah Othman Masuk bawah katil...main torchlight. 
  9. Faudziah Ramli Basuh kasut sekolah letak bawah peti ais.... 
  10. Afashatulliza Ahmad Beli aiskrim M'sia tumbuk kat tiang dulu nk bagi hncuq sblm mkn... 
  11. Faudziah Ramli Bl biskut yg ada cream kat tgh.....jilat cream je pastu cantum n simpan balik....sape punya keje la tu 
  12. Mohammad Othman Kuih qasidah tok wan, abis kena curi bawang goreng kat atas dia. Sape buat, angkat tangan! 
  13. Mohammad Othman Malas nk cuci kasut sekolah, sapu je kapur kasut bagi tebal. Nampak mcm dh cuci je!!! 
  14. Afashatulliza Ahmad Smpai sekolah pkai kapur tulis pun boleh utk mghilngkan kekotoran,st g pngawas nk check ni....he..he.. 
  15. Afashatulliza Ahmad Otw nk p main jumpa pokok ceri berebut ambik buah yg merah nk mkn..jln2 lg jumpa pokok jmbu batu berebut lg nk ambik buah yg warna kuning,x dpt yg kuning hijau pun hentam jgk nk mkn x kira pokok sapa pun... 
  16. Mohammad Othman Sape pernah g ngaji Quran, tp tak sampai pun umah tok guru. ? 
  17. Aminah Othman Guna kapor tulis hilang kotoran di kasut sebelum pengawas check....tu sy pernah buat...hehe.... 
  18. Low Chew Wah No.9 time kita Fast food tak dak lagi. Time tu Bawak sekupang ke sekolah,takut hilang ikat poket dgn getah tang belah dalam. 
  19. Low Chew Wah Tahun 70an pakai baju kolah belah koler lapik sapu tangan. 
  20. Low Chew Wah Brycream, code-10 bukan main tebal lagi boh.... sampai keqaih rambut... 
  21. Low Chew Wah Jumpa awek idaman(secret admirer) nak tengok pun soqok soqok... bukan cam lani... luah tequih, laki pempuan pun smacam... nolstagia dolu dolu...hahaha 
  22. Low Chew Wah Jumpa awek idaman(secret admirer) nak tengok pun soqok soqok... bukan cam lani... luah tequih, laki pempuan pun smacam... nolstagia dolu dolu...hahaha 
  23. Mohammad Othman Lepas sukan, dahaga, duit nk beli ayag tak dak, balun ayag paip kat belakang dewan. Hahaha. - Low Chew Wah Hahaha.... sampai kembung perut.... pi lari pulak, ayaq berkocak kat perut.. 
  24. Aiman Mohammad Masa puasa dahaga sangat, amek wudhuk buat2 tertelan air.. Hahahah - Mohammad Othman Naughty. Rasanya itu lumrah setiap kanak2 sewaktu mula belajar berpuasa. Jgn sampai skrg, dah le ! - Aminah Othman Ooo....tu keje Aiman Mohammad dulu ye... 
  25. Atikah Mohammad Waktu mkn, kalo mknn yg best2 tu simpan last skali baru mkn..contoh kupas udang letak tepi pggan..tp jaga2 takut kena kebas..hahaha - Mohammad Othman Selalunya si tukang kebas adalah abang yg sulung. 
  26. Faudziah Ramli Mkn siput sedut....dia punya penutup susun keliling pinggan....pastu kira blk bape ekor dah mkn..... 
  27. Haryati Ruhaizan Letak ubat nyamuk kt besi, pastu terpatah tgh2 dia.... Adoi cr pasai la dgn p.long 
  28. Haryati Ruhaizan Bentang tilam kekabu, guling2 sbb nk ratakan kekabu (part ni slalu bgaduh dgn Ummi Hafizah Ruhaizan
  29. Haryati Ruhaizan Letak daun setawaq dlm buku, pastu compare dgn kwn2... 
  30. Aiman Mohammad Tiup pelita, pelita jatuh minyak tumpah kt pipi, pipi terbakar 
  31. Mohammad Othman Beli kasut sekolah yg besar saiz sb nk bg tahan lama. Longgar sgt terpaksa sumbat tisu kat dalam. 
  32. Low Chew Wah Fung keong kasut tapak merah..... emmmmm 

Tuesday, January 13, 2015

Cuaca Sejuk di Arab Saudi

Rasional vs ‘Rationale’ vs ‘Rasengal ‘ sebab CUACA SEJUK di Arab Saudi. (Facebook Posting)

Menarik dan kerap juga terpaksa menjawab soalan-soalan daripada rakan-rakan di Malaysia bila berlaku insiden di Arab Saudi. Isu salji turun di bumi Arab juga menjadi keresahan yang tidak berasas dari sebahagian mereka yang dah hilang rasional agaknya. Cuma kami yang kesejukan, terasa juga sengalnya. Biase la tu...

Beberapa bulan lepas, kecoh pasal awan merah di Mekah dan langit gelap pekat menutupi Kaabah serta ribut taufan dan banjir di Mekah. Sempat juga saya bersembang sedikit tempoh hari.(https://www.facebook.com/mohammad.othman.129/posts/10205458216883905:0)

Fenomena alam dan sunnahtullah berlaku dengan kehendakNya. Samada ada kita terlibat menjadi ‘cuprit’nya adalah juga berkaitan. Tapi yang membuatkan kita panik tak menentu, menunjukkan sejauh mana kebijaksanaan dan keredhaan kita dalam menghadapi ketentuanNya.
Kalau hujan turun di bumi Mekah dan Medinah, Alhamdulillah. Bumi Allah yang kering kontang ini juga perlukan siraman air dari langit. Tak perlulah panik sehingga mengatakan inilah petanda akhir zaman yang menunjukkan hari kiamat semakin dekat. Sehingga keluh kesah seorang ‘ustaz’ membuat kenyataan takut tak sempat nak bertaubat. Astaghfirullah …. (dah bertaubuat sikit tu..dgn kalam seringkas itu. Tapi bukanlah maksud saya nak bertaubat semudah itu..jangan jadikan isu plak). Hampeh ….

Akhir zaman dan kiamat semakin dekat……betul. Tak salah. Sedikit pun tak salah. Setiap kali kita menarik nafas, semakin hampir kepada akhir zaman. Setiap kali kita menghembus nafas pula, semakin dekat dengan kiamat. Tetapi adakah menjadi kesalahan kita menarik dan menghembus nafas dan adakah ianya menjadi punca membuatkan kiamat semakin dekat? Pikior…

Adakah dengan mengaitkan setiap insiden sebagai tanda akhir zaman boleh menjadikannya satu ibadat untuk kita? Mungkin ‘ya’, tetapi perlukan huraian yang lebih mendalam agaknya.
Setiap pembangunan yang dibuat demi kamajuan dan keselesaan sering dikatakan sebagai tanda akhir zaman. Adakah salah mereka yang terlibat dalam melaksanakannya? Namun, apakah pula sumbangan kita? Atau dek kerana ‘takut’ kepada akhir zaman, elakkan semua pembangunan dan kemajuan? Dengan duduk sahaja menjadi penumpang yang tidak menyumbang, adakah kita terlepas daripada munculnya ‘akhir zaman’? Poning ….

Berbalik kepada isu cuaca sejuk di Arab Saudi. Ada yang mengatakan inilah petanda kemusnahan muka bumi ini oleh kerana manusia yang telah lalai daripada mengingati Allah, sehingga turunnya bala cuaca sejuk di Arab Saudi yang selama ini panas terik sepanjang tahun. “Marilah kita semua bertaubat sebelum terlambat.”

Tak kan kerana cuaca sejuk saja baru nak menyeru bertaubat. Sedangkan seruan bertaubat itu merupakan satu seruan yang relevan sepanjang zaman dan setiap saat?

Siapa pula yang mengatakan seluruh bumi Arab adalah negara yang panas sepanjang tahun dan kering sepanjang hayat? Cuba lihat negara Arab Saudi sendiri berada pada berapa darjah latitude (http://www.worldatlas.com/aatlas/imageg.htm)

Sememangnya bumi yang telah diletakkan oleh Allah condong dengan sudut 23.5 darjah menyebabkan negara-negara yang agak jauh ke utara dan selatan garisan khatulistiwa akan menghadai 4 musim. Lebih ketara bagi negara-negara yang melebihi garisan Jadi (Tropic of Capricon ) dan Sartan(Tropic of Cancer). Arab Saudi juga mengalami cuaca yang jauh berbeza berbanding Malaysia. Tetapi, kita yang telah ditanamkan dengan kefahaman bahawa negara Arab adalah negara panas, maka kita tidak sedar bahawa mereka juga ada musim sejuk. Contohnya hari ini, suhu mencecah 17 darjah Celsius di Jeddah pada waktu pagi. Ini dinamakan musim sejuk (winter) di sini.

Apatah lagi bagi bandar-bandar di Arab Saudi yang lebih ke utara daripada Medinah (Latitude: 24+ darjah). Tidak wajar bagi kita dirundung resah bilamana bandar-bandar seperti Turaif, Tabuk, Hail dan Sakaka di utara Arab Saudi kini menghadapi suhu serendah 1 – 5 darjah Celsius pada hari ini kerana mereka berada pada Latitude 27 darjah ke atas. Malah ada diantaranya sudah dituruni sajli. (Nota: Lokasi paling Utara di Malaysia (Latitude < 6.8 darjah) masih lagi lebih dekat dengan khatulistiwa berbanding lokasi paling selatan di Arab Saudi (Latitude > 16.3 darjah). Renungkanlah…………. )

Namun, persediaan menghadapi akhir zaman dan hari kiamat tetap menjadi tanggungjawab setiap insan di muka bumi ini. Seruan agar kita sama-sama bertaubat tetap menjadi amanah yang perlu dilaksanakan. Dalam pada itu, kita juga berkeyakinan penuh bahawa setiap manusia yang melakukan kemusnahan atau kebaikan kepada bumi yang diamanahkan ini, pasti akan dibawa kepada pangadilan yang Maha Agung.

Wallahu’Alam …….

Thursday, January 8, 2015

Istanbul - Lawatan bermakna mengimbau sejarah Khilafah Uthmaniyyah

Percutian bersama isteri Faudziah Ramli ke Istanbul dan Cappadocia, Turki membawa seribu satu kenangan dalam usaha menyingkap kembali sejarah perjuangan Khilafah 'Uthmaniyyah.

Sebelum melangkah jauh kepada menceritakan pengalaman dan pengajaran yang diperolehi daripada lawatan kali ini, ingin saya memberikan sedikit panduan kepada mereka yang berhasrat untuk melawat Istanbul dan Cappadocia.


Panduan Lawatan:

Kawasan yang paling mudah melawat kesan sejarah yang ditempatkan di Muzium di Istanbul ialah di kawasan Sultan Ahmet Square.  Memang terdapat banyak pakej percutian untuk ke Istanbul termasuklah pakej yang menggabungkan dengan ziarah dan Umrah.

Kepada individu yang berhasrat untuk berjimat dari segi perbelanjaan juga boleh membuat lawatan secara sendiri.  Terdapat banyak panduan di internet dan tidak begitu sukar kerana Bandar Istanbul sememangnya sebuah bandar yang mesra pelancong.

Sultan Ahmet Square
Lokasi: Trem T1 di hentian Sultan Ahmet berhadapan Hagia Sophia

Terdapat banyak tempat lawatan di sekitar kawasan ini. Di antarnya adalah:
  • Masjid Sultan Ahmad (Blue Mosque/Sultan Ahmet Macii) yang menjadi mercu tanda Istanbul, dibina mulai tahun 1609 dengan 6 menara. Dipenuhi jubin buatan tangan yang secara amnya berwarna biru yang membuatkan seluruh suasana dalam masjid berwarna kebiruan terutamanya di waktu matahari bersinar terang dari luar. Gabungan dua senibina Byzantine dan 'Uthmaniyyah oleh Sedefhar Mehmet Ağa, murid kepada arkitek terkenal Mimar Sinan.
  • Ayasofya Müzesi (Hagia Sophia) adalah sebuah gereja sejak pembinaannya pada tahun 537M. Berfungsi sebagai sebuah masjid dari 1453 - 1932, hasil usaha Sultan Mehmed II sebaik sahaja Kota Constantinople jatuh, sehingga ditukarkan kepada sebuah muzium pada tahun 1935. Dalamannya masih terdapat lukisan senibina Kristian dan seni khat Islam pada masa yang sama. 
  • Sultanahmet Meydani / Sultan Ahme Square (Hyppodrome of Constatinople) - Pusat sukan dan lapangan pertemuan Constantinople (City of Constantine), ibu negara Empayar Byzantine sejak awal kurun ke-3.
  • Muzium Topkapi (Topkapı Sarayi) - Istana Sultan Uthmaniyyah yang juga merupakan pusat pentadbiran dan pemerintahan serta pendidikan Kerajaan Uthmaniyyah, dibina pada 1460 - 1478 oleh Sultan Ahmed II berhadapan Laut Marmara, Bosphoros dan Golden Horn. Kini merupakan sebuah muzium sejak ditukarkan oleh Mustafa Kemal Atatürk pada tahun 1924.  Di sinilah tempat simpanan sebahagian besar daripada khazanah dan artifaks keIslaman sejak zaman Rasulullah SAW dan para sahabat disimpan. 
The Grand Bazar (Kapalıçarşı)
Lokasi: Tram T1 - Hentian Beyazıt-Kapalıçarşı. Boleh berjalan kaki dari SultaAhmet Square.

  • Bazar berbumbung tertua di dunia yang memuatkan sehingga 4000 gerai, menjual perlabagai barangan, dibina pada tahun 1456.  Bangunan asal diperbuat daripada kayu dan dibina semula dengan batu bata selepas beberapa gempa bumi dan kebakaran pada kurun ke 18.
  • Dikendalikan hampir keseluruhannya oleh warga Turki mencecah sehingga 26,000 pekerja bagi menyambut pembeli/tetamu di antara 250,000 hingga 400,000 sehari.
  • Tawar menawar menjadi kemestian bagi mendapatkan barangan dengan harga yang berpatutan.

Taksim Square
Lokasi : Tram T1: Hentian: Kabatas.  Kemudian mengambil Metro ke stesen Taksim.

Makam Sultan Hamid dan Sultan Mustafa 
Lokasi : Hentian Eminonu dengan Tram T1. Masuk percuma.

Berdekatan Egyptian Spice Market.  Makam bersama anak2 sultan berdua.  Juga disimpan bersama adalah kesan tapak kaki Rasulullah saw yang dibawa dari ....











-----------------------under construction ----not for reading ------------------------

Lawatan
Makam Sultan Hamid dan Sultan Mustafa di Eminonu berdekatan Egyptian Spice Market.  Makam bersama anak2 sultan berdua.  Juga disimpan bersama adalah kesan tapak kaki Rasulullah saw yang dibawa dari ….

Boleh menaiki Trem T1 dari Sultan Ehmet menuju ke Kabatas dan berhenti di stesen Eminonu.

Lawatan ke Makam Saidina Abu Ayub Al Ansari.  Makam bersebelahan masjid yang dibina oleh Sultan Muhammad Fatih selepas penaklukan Kota Constantinople.
Kata2 “Kebumikan aku berdekatan dengan Tembok Constantinople, supaya aku dapat mendengar tapak kuda kepada manusia yang berjaya menakluk kota berkenaan’.  Kegagalan Abu Ayub telah membuakan beliau dikebumikan berdekatan tembok tetapi di ubah oleh Raja Byzantine kerana tidak mahu dilawati oleh orang Islam.  Sultan Muhd Fatih bersama tenteranya yang bertemu semula dengan makan berkenaan.  Kisah bagaimana tentera Fatih menjumpai mayat dan mencium kaki Abu Ayyub, tetapi sewaktu Sultan Muhd faith hendak menciumnya, kaki mayat berkenaan di tarik.  Sultan Fatih bertanya gurunya, kenapa, dan gurunya memberitahu bahawa, mayat Abu Ayyub berasa malu kepada manusia yang bakal menawan Kota Constantinople.

Lawatan ke Muzium Kententeraan (Military Meseum)  Simpanan senjata Ketenteraan Turki.  Kisah peperangan sejak zaman Han, dan peperangan 1453 yang dipimpin oleh Sultan Mohd Fatih.  JUga bagaimana beliau melepasi rantai yang melintangi Golden Horn dengan menarik 70 buah kapal melalui darat melepasi Menara Galata dan Berjaya menembusi Tembok Kota Constatinople dan mengalahkan Raja Bizantyne.
Lawatan Panaroma 1453.

Meseum yang dibina khas bagi membantu golongan muda memahami perjuangan kerajaan Uthmaniyyyah dan peperangan 1453 oleh Sultan Muhammad Fatih.
Kisah jelas bagaimana kota Constantinople Berjaya ditembusi Sultan dan bala tenterangaya seramai 250,000 dengan 80 kapal perang.  Meriam digunakan dengan bantuan binaannya oleh seorang banduan kerajaan Rome.
Kota yang dirobohkan berdekatan Edinerkapi ( yang masih ada sehingga sekarang) Berjaya dipacak bendera Kerajaan Utmaiyyah oleh sahabat karib Sultan Muhammad Fatih iaitu Hassan.  Kata-2 sultan Fatih,, ‘Seandainya aku bukan Sultan, maka aku lah yang akan memacak bendera berkenaan’


12 orang tentera elit Sultan Mohd Fatih adalah kidal dan mampu berpedang menggunakan tangan kiri dan tombak di ta