Tuesday, January 13, 2015

Cuaca Sejuk di Arab Saudi

Rasional vs ‘Rationale’ vs ‘Rasengal ‘ sebab CUACA SEJUK di Arab Saudi. (Facebook Posting)

Menarik dan kerap juga terpaksa menjawab soalan-soalan daripada rakan-rakan di Malaysia bila berlaku insiden di Arab Saudi. Isu salji turun di bumi Arab juga menjadi keresahan yang tidak berasas dari sebahagian mereka yang dah hilang rasional agaknya. Cuma kami yang kesejukan, terasa juga sengalnya. Biase la tu...

Beberapa bulan lepas, kecoh pasal awan merah di Mekah dan langit gelap pekat menutupi Kaabah serta ribut taufan dan banjir di Mekah. Sempat juga saya bersembang sedikit tempoh hari.(https://www.facebook.com/mohammad.othman.129/posts/10205458216883905:0)

Fenomena alam dan sunnahtullah berlaku dengan kehendakNya. Samada ada kita terlibat menjadi ‘cuprit’nya adalah juga berkaitan. Tapi yang membuatkan kita panik tak menentu, menunjukkan sejauh mana kebijaksanaan dan keredhaan kita dalam menghadapi ketentuanNya.
Kalau hujan turun di bumi Mekah dan Medinah, Alhamdulillah. Bumi Allah yang kering kontang ini juga perlukan siraman air dari langit. Tak perlulah panik sehingga mengatakan inilah petanda akhir zaman yang menunjukkan hari kiamat semakin dekat. Sehingga keluh kesah seorang ‘ustaz’ membuat kenyataan takut tak sempat nak bertaubat. Astaghfirullah …. (dah bertaubuat sikit tu..dgn kalam seringkas itu. Tapi bukanlah maksud saya nak bertaubat semudah itu..jangan jadikan isu plak). Hampeh ….

Akhir zaman dan kiamat semakin dekat……betul. Tak salah. Sedikit pun tak salah. Setiap kali kita menarik nafas, semakin hampir kepada akhir zaman. Setiap kali kita menghembus nafas pula, semakin dekat dengan kiamat. Tetapi adakah menjadi kesalahan kita menarik dan menghembus nafas dan adakah ianya menjadi punca membuatkan kiamat semakin dekat? Pikior…

Adakah dengan mengaitkan setiap insiden sebagai tanda akhir zaman boleh menjadikannya satu ibadat untuk kita? Mungkin ‘ya’, tetapi perlukan huraian yang lebih mendalam agaknya.
Setiap pembangunan yang dibuat demi kamajuan dan keselesaan sering dikatakan sebagai tanda akhir zaman. Adakah salah mereka yang terlibat dalam melaksanakannya? Namun, apakah pula sumbangan kita? Atau dek kerana ‘takut’ kepada akhir zaman, elakkan semua pembangunan dan kemajuan? Dengan duduk sahaja menjadi penumpang yang tidak menyumbang, adakah kita terlepas daripada munculnya ‘akhir zaman’? Poning ….

Berbalik kepada isu cuaca sejuk di Arab Saudi. Ada yang mengatakan inilah petanda kemusnahan muka bumi ini oleh kerana manusia yang telah lalai daripada mengingati Allah, sehingga turunnya bala cuaca sejuk di Arab Saudi yang selama ini panas terik sepanjang tahun. “Marilah kita semua bertaubat sebelum terlambat.”

Tak kan kerana cuaca sejuk saja baru nak menyeru bertaubat. Sedangkan seruan bertaubat itu merupakan satu seruan yang relevan sepanjang zaman dan setiap saat?

Siapa pula yang mengatakan seluruh bumi Arab adalah negara yang panas sepanjang tahun dan kering sepanjang hayat? Cuba lihat negara Arab Saudi sendiri berada pada berapa darjah latitude (http://www.worldatlas.com/aatlas/imageg.htm)

Sememangnya bumi yang telah diletakkan oleh Allah condong dengan sudut 23.5 darjah menyebabkan negara-negara yang agak jauh ke utara dan selatan garisan khatulistiwa akan menghadai 4 musim. Lebih ketara bagi negara-negara yang melebihi garisan Jadi (Tropic of Capricon ) dan Sartan(Tropic of Cancer). Arab Saudi juga mengalami cuaca yang jauh berbeza berbanding Malaysia. Tetapi, kita yang telah ditanamkan dengan kefahaman bahawa negara Arab adalah negara panas, maka kita tidak sedar bahawa mereka juga ada musim sejuk. Contohnya hari ini, suhu mencecah 17 darjah Celsius di Jeddah pada waktu pagi. Ini dinamakan musim sejuk (winter) di sini.

Apatah lagi bagi bandar-bandar di Arab Saudi yang lebih ke utara daripada Medinah (Latitude: 24+ darjah). Tidak wajar bagi kita dirundung resah bilamana bandar-bandar seperti Turaif, Tabuk, Hail dan Sakaka di utara Arab Saudi kini menghadapi suhu serendah 1 – 5 darjah Celsius pada hari ini kerana mereka berada pada Latitude 27 darjah ke atas. Malah ada diantaranya sudah dituruni sajli. (Nota: Lokasi paling Utara di Malaysia (Latitude < 6.8 darjah) masih lagi lebih dekat dengan khatulistiwa berbanding lokasi paling selatan di Arab Saudi (Latitude > 16.3 darjah). Renungkanlah…………. )

Namun, persediaan menghadapi akhir zaman dan hari kiamat tetap menjadi tanggungjawab setiap insan di muka bumi ini. Seruan agar kita sama-sama bertaubat tetap menjadi amanah yang perlu dilaksanakan. Dalam pada itu, kita juga berkeyakinan penuh bahawa setiap manusia yang melakukan kemusnahan atau kebaikan kepada bumi yang diamanahkan ini, pasti akan dibawa kepada pangadilan yang Maha Agung.

Wallahu’Alam …….

No comments:

Post a Comment