Thursday, May 29, 2014

Doa Mesyuarat Agong Tahunan


Auzubillahiminishayitanirrrajim.. Bismillahrirrahmanirrahim.  Alhamdulillahirrabil 'alamni. Hamdan syakirin, hamdan hamidin, hamdan sabirin.  Hamdan Yuwafi ni'amahu wa yu kafiumazidah.

Allahuma salli'ala saidinia muhammdin waala alahi wasahbihi wabarik wasallim.

Ya Allah, ya tuhan kami.  Segala puji hanya bagimu Ya Allah. Tuhan semesta alam. Kapadamu kami berserah dan kepadaMu jualah kami memohon perlindungan.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan tabiin.

Ya Allah, kami pohon kepadaMu akan keimanan yang sempurna Ya Allah, keyakinan yang benar Yang Allah, ilmu yang berguna,  hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa berzikir kepadaMu Ya Allah, limpah dan kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati.

Engkau lapangkanlah hati kami, kau satukanlah hati-hati kami.

Kau berkatilah perhimpunan kami ini pada hari ini Ya Allah. Semoga ianya diterima sebagai satu perhimpunan yang hanya mengharapkan keredhaan dariMu. 

Kau pandanglah kepada usaha kami yang kerdil ini, melalui wadah yang dinamakan (Nama Persatuan), sebagai satu usaha yang mulia di sisiMu.  Kau kurniakan persatuan ini dengan bimbingan yang berterusan Ya Allah. 

Bantulah kami, bimbinglah kami untuk menjadi ahli-ahli yang taat kepada kepimpinannya. Ahli-ahli yang beramanah terhadap tanggungjawab yang diberikan.  Kau jadikanlah kami ahli-ahli yang  sentiasa berusaha ke arah kebaikan.   

Berikanlah kami Ya Allah, pimpinan yang berwibawa untuk mempimpin kami, pimpinan yang mampu memberikan tunjuk ajar dan halatuju yang selaras dengan hasrat dan matlamat yang sama-sama kami hajati.  Kurniakanlah kami dengan pimpinan yang sentiasa bersama-sama dalam setiap aktiviti yang kami jalankan, sentiasa melibatkan diri menentukan perjalanan setiap aktiviti. Pimpinan yang memahami akan kekurangan dan kelebihan yang ada pada  diri kami. Kau kuatkan persatuan ini dengan tatacara pengurusan dan pentadbiran yang mantap.  Kau arahkanlah hati-hati kami untuk terus bekerjasama, saling hormat menghormati dan secara berterusan  mengamalkan cirri-ciri musyawarah yang berkesan.

Kau permudahkanlah untuk kami terus menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang.  Kau berkatilah segala usaha kami dan bantulah kami untuk tidak sedikit pun mengabaikan tanggungjawab hakiki kami, sama ada  sebagai pekerja syarikat, ataupun seorang isteri atau ibu  kepada keluarga kami Ya Allah.

Kau padamkan dari hati-hati kami sifat-sifat yang tidak engkau restui Ya Allah.  Tanamkanlah di lubuk hati-hati kami dengan sifat-sifat kasih-sayang, bantu-membantu dan bertoleransi.  Sesungguhnya, hanya kepada Engkaulah kami berserah dan hanya kepada Engkau jualah kami memohon perlindungan.

Allahum ma’firlana,  zunubana ,wali wlidaiya, warhammu ma, kama rabayana, sghira.

Rabbana atina fiddunya hasanah….wa fil akhirati hasanah waqina ‘azabannar

39 comments:

  1. Assalamualaikum... tuan... mohon kogsi doa yg baik ini... sgt bermanfaat... ringkas dan padat... πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ˜˜πŸ˜˜πŸ˜˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kerana tidak respond. Dh bertahun saya tak aktif disebabkan kekangan kesibukan. Silakan utk menggunakannya. Semoga menjadi amal kebajikan utk kita semua

      Delete
  2. Assalamualaikum.. terima kasih atas perkongsian tuan..izinkan saya 'menceduk' doa tuan ini.

    ReplyDelete
  3. Γ€ssalammu'alaikum tuan..mohon kongsi.tk

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum tuan mohon kongsi yer

    ReplyDelete
  5. Salam admin.. Mohon izin ana copy paste untuk Agm.. Jazakallah

    ReplyDelete
  6. Doa yg sangat baik.mohon share.tkasih

    ReplyDelete
  7. askm tuan, mohon guna doa, tk tuan.

    ReplyDelete
  8. Askm Tuan, mohon izin guna doa seperenggan dua...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum mohon izin untuk copy doa tuan untuk kegunaan dlm agm

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum , minta izin nk ambil doa ini utk mesyuarat agong tahunan.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas doa ini. Izinkan saya mengubahsuai bagi digunakan dalam Persatuan saya. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  12. Syukran mohon kebenaran utk digunakn tr tuan

    ReplyDelete
  13. Salam.

    Tuan, mohon share doa ini untuk manfaat bersama. Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  14. salam tuan,

    terima kasih untuk doa yang manfaat ni. mohon untuk saya guna untuk majlis saya

    ReplyDelete
  15. Mohon guna doa nya untuk majlis tuan

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum saya mohon guna doa ni... treima kasih semoga anda diberkati dunia akhirat

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum tuan admin, saya mohon izin untuk gunakan teks doa tuan. Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  18. Mohon guna doa ni tuan minta halal dunia akhirat

    ReplyDelete
  19. As salam wb Tuan, terima kasih atas perkongsian doanya, mohon kebenaran utk menggunakannya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum wbt.
    Terima kasih atas doanya yang boleh dijadikan panduan.
    Mohon guna doa ini tuan & minta halal dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian. mohon keberanaran untuk saya gunakannya.

    ReplyDelete
  22. Mohon untuk dikongsikan.
    Jazakallah

    ReplyDelete
  23. MOHON SHARE DOA YG INDAH INI TUAN...TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum....mohon digunakan untuk mesyuarat agung tuan

    ReplyDelete
  25. As salam. Isi doa yg tuan sediakan ni cukup baik. 3in1. Berdoa dan betdakwah serta muhasabah diri. Mohon keizinan saya menyimpan doa ini utk diamalkan. Moga tuan diberi ganjaran berterusan oleh Allah swt. Tq tuan

    ReplyDelete
  26. Doa yang baik.Mohon share ya tuan..terima kasih

    ReplyDelete
  27. Aslmkmwbt..izinkn saya until menggunakan DOA in sepanjang masa

    ReplyDelete
  28. Izin kan saya mengunakan doa in ya tuan

    ReplyDelete
  29. Slm.izin kan saya guna kan doa ini Tuan.

    ReplyDelete
  30. Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ…
    Minta izin utk dibaca. Tq

    ReplyDelete
  31. Salam. Mohon digunakan doa ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  32. terima kasih Tuan, semoga pahala tuan terus mengalir atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  33. Semoga dipermudahkan urusan Tuan, mohon kebenaran untuk menggunakan doa ini

    ReplyDelete