Thursday, May 29, 2014

Doa Meraikan Bakal Haji


 
Astaghfirullahal 'azim ....

Al Fatihah…

A’uzubillah ……..

Bismillahirahmannirrahim ..........hingga akhir

Auzubillahiminishayitanirrrajim.. Bismillahrirrahmanirrahim. Alhamdulillahirrabil 'alamni. Hamdan syakirin, hamdan hamidin, hamdan sabirin. Hamdan Yuwafi ni'amahu wa yu kafiumazidah.

Allahuma salli'ala saidinia muhammdin waala alahi wasahbihi wabarik wasallim.

Ya Allah, segala pujian bagimu, Tuhan sekelian alam.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Ya Allah, kami panjatkan kesyukuran ke hadratmu yang mengurniakan kami dengan taufik dan hidayah.  Hanya dengan kekuatan serta inayah darimu, dapat kami sama-sama berada di dalam majlis yang penuh dengan rahmatmu ini, bagi meraikan rakan kami, (Sebutkan nama bakal haji), yang Insya Allah akan berjaya menyahut seruanMu, bagi menyempurnakan tuntutan rukun islam - Mengerjakan Haji Ke Baitullah.

Ya Allah yang tuhan kami, terimalah segala amalan dan taubat kami. Semoga dengan ini, layaklah bagi kami untuk sama-sama membaca, serta mengaminkan doa untuk (Sebutan nama bakal haji).

Ya Allah, kami menadah tangan dengan penuh rasa rendah diri, hambamu yang kerdil ini, memohon dengan seikhlas hati, agar dikurniakan kasih sayangMu kepada (Sebutan nama bakal haji)..  Engkau berilah segala kelapangan dan ketenangan untuk beliau mengerjakan Fardhu Haji di Tanah Suci Mekah.  

Engkau restui dan selamatkanlah perjalanan beliau Ya Allah.  Engkau permudahkanlah beliau untuk melaksanakan semua kerja-kerja haji, umrah dan ziarah serta semua amalan yang bakal ditempuhi, samada yang rukun, wajib dan selainnya.
 
Berikanlah kekuatan dan kemudahan kepada beliau untuk menunaikan semua urusan di sana.  Permudahkan beliau disepanjang ber-Ihram nanti.  Mudahkanlah juga beliau untuk berwukuf di Arafah, mudahkan beliau untuk bermalam di Muzdalifah, mudah juga untuk melaksanakan ibabah melontar kesemua Jamrah di Mina, juga sempurnakanlah beliau dalam melaksanakan urusan Tawaf dan Sai’e.

Berikanlah ketenangan dan kemudahan kepada beliau sewaktu berziarah ke Makam Rasulullah saw. Ketenangan dan kemudahan dalam setiap kunjungan beliau ke Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi.  Berilah kelapangan jasadiah dan rohaniyyah di sepanjang penginapan beliau di Dua Tanah Suci- Al Makkatul Mukarramah dan Al Madinatul Munawwarah.

Engkau peliharalah keselamatan dan permudahkanlah semua urusan perjalanan beliau, pergi dan balik.  Lindungilah beliau dari segala musibah dalam sewaktumengerjakan amalan di sana.  Jadikanlah semua ujianMu, berada di dalam lingkungan batasan yang termampu ditanggung oleh beliau.  Kurniakanlah ganjaran yang setimpal ke atas kejayaan beliau mengharungi segala ujian dariMu Ya Allah.
 
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, engkau kurniakanlah beliau kesihatan yang terbaik, juga engkau kurniakanlah ketenangan, kesabaran dan keselamatan kepada semua ahli keluarga yang ditinggalkan, demi melaksanakan tuntutanMu di tanah suci.  Kurniakanlah mereka dengan ketabahan dalam memberi sokongan kepada beliau, yang tidak ada hasrat yang lain melainkan untuk menyahut seruanMu bagi mendapatkan keredhaanMu, Ya Allah.

Ya Allah Ya Rabbal’alamin.  Kami sekali lagi bermohon ke hadratmu Ya Allah, agar Engkau terimalah segala taubat beliau. Terimalah segala amal ibadah yang telah dan akan dilakukan.  Engkau makbulkanlah segala permintaannya, Ya Allah. Engkau restuilah segala hasratnya Ya Allah. Engkau perkenankanlah segala cita-citanya.  Hanya kepada engkaulah Ya Allah, kami bermohon, kerana hanya Engkau jualah yang berhak mengabulkan segala permintaan kami. Engkau terimalah Kerja Haji yang bakal dilaksanakan  oleh xxxxxx sehingga berjaya beliau dianugerahkan olehMu dengan Haji Yang Mabrur.  Itulah kemuncak hasrat kami di majlis ini Ya Allah, kerana kami sedar bahawa, tiada balasan untuk amalan Haji Yang Mabrur melainkan kurniaan dari Mu, iaitu syurgaMu - Jannatul Firdaus..

Kami juga bermohon kepadaMu Ya Allah, agar Puan Hamidah sudi menerima pintaan ampun dan maaf dari kami sebagai rakan sekerja yang sama-sama mencari rezeki di sini.
 
Kami redha melepaskan beliau untuk menyahut seruanMu dan kami sentiasa menanti beliau yang akan pulang, penuh dengan keampunan dan keberkatan dariMu.

Rabba atina Fidun ya Hasanah. Wafil akhirati hasanatan waqina 'azabannar.
 
Walhamdulillahi rabbil'alamin.

No comments:

Post a Comment