Seperti biasa, semoga Allah ikhlaskan semua paparan ini dengan niat untuk dijadikan motivasi kepada mereka yang mampu, untuk menziarahi Kota Mekah dan tempat bersejarah di sekitarnya. Kisah sepenuhnya akan disusuli dlam Travel Log saya yang masih dalam peringkat permulaan dengan bimbingan Khairi Mohamad.
Friday, May 30, 2014
Pendakian Gua Hira Warga Sharbatly
Rombongan warga Sharbatly Compound, Jeddah menjejaki kesan sejarah Gua Hira di Jabal Nur, Mekah Al Mukarramah.
Seperti biasa, semoga Allah ikhlaskan semua paparan ini dengan niat untuk dijadikan motivasi kepada mereka yang mampu, untuk menziarahi Kota Mekah dan tempat bersejarah di sekitarnya. Kisah sepenuhnya akan disusuli dlam Travel Log saya yang masih dalam peringkat permulaan dengan bimbingan Khairi Mohamad.
Seperti biasa, semoga Allah ikhlaskan semua paparan ini dengan niat untuk dijadikan motivasi kepada mereka yang mampu, untuk menziarahi Kota Mekah dan tempat bersejarah di sekitarnya. Kisah sepenuhnya akan disusuli dlam Travel Log saya yang masih dalam peringkat permulaan dengan bimbingan Khairi Mohamad.
Thursday, May 29, 2014
Doa Meraikan Bakal Haji
Astaghfirullahal 'azim
....
Al
Fatihah…
A’uzubillah
……..
Bismillahirahmannirrahim ..........hingga akhir
Auzubillahiminishayitanirrrajim..
Bismillahrirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirrabil 'alamni. Hamdan syakirin, hamdan hamidin, hamdan
sabirin. Hamdan Yuwafi ni'amahu wa yu
kafiumazidah.
Allahuma salli'ala saidinia muhammdin waala alahi
wasahbihi wabarik wasallim.
Ya
Allah, segala pujian bagimu, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad saw.
Ya
Allah, kami panjatkan kesyukuran ke hadratmu yang mengurniakan kami dengan taufik
dan hidayah. Hanya dengan kekuatan serta
inayah darimu, dapat kami sama-sama berada di dalam majlis yang penuh dengan
rahmatmu ini, bagi meraikan rakan kami, (Sebutkan nama bakal haji), yang Insya
Allah akan berjaya menyahut seruanMu, bagi menyempurnakan tuntutan rukun islam -
Mengerjakan Haji Ke Baitullah.
Ya
Allah yang tuhan kami, terimalah segala amalan dan taubat kami. Semoga dengan
ini, layaklah bagi kami untuk sama-sama membaca, serta mengaminkan doa untuk
(Sebutan nama bakal haji).
Ya
Allah, kami menadah tangan dengan penuh rasa rendah diri, hambamu yang kerdil
ini, memohon dengan seikhlas hati, agar dikurniakan kasih sayangMu kepada (Sebutan nama bakal haji).. Engkau berilah segala
kelapangan dan ketenangan untuk beliau mengerjakan Fardhu Haji di Tanah Suci
Mekah.
Engkau
restui dan selamatkanlah perjalanan beliau Ya Allah. Engkau permudahkanlah beliau untuk
melaksanakan semua kerja-kerja haji, umrah dan ziarah serta semua amalan yang bakal
ditempuhi, samada yang rukun, wajib dan selainnya.
Berikanlah
kekuatan dan kemudahan kepada beliau untuk menunaikan semua urusan di sana . Permudahkan beliau disepanjang ber-Ihram
nanti. Mudahkanlah juga beliau untuk
berwukuf di Arafah, mudahkan beliau untuk bermalam di Muzdalifah, mudah juga untuk
melaksanakan ibabah melontar kesemua Jamrah di Mina, juga sempurnakanlah beliau
dalam melaksanakan urusan Tawaf dan Sai’e.
Berikanlah
ketenangan dan kemudahan kepada beliau sewaktu berziarah ke Makam Rasulullah
saw. Ketenangan dan kemudahan dalam setiap kunjungan beliau ke Masjidil Haram
dan Masjidin Nabawi. Berilah kelapangan
jasadiah dan rohaniyyah di sepanjang penginapan beliau di Dua Tanah Suci- Al
Makkatul Mukarramah dan Al Madinatul Munawwarah.
Engkau
peliharalah keselamatan dan permudahkanlah semua urusan perjalanan beliau,
pergi dan balik. Lindungilah beliau dari
segala musibah dalam sewaktumengerjakan amalan di sana . Jadikanlah
semua ujianMu, berada di dalam lingkungan batasan yang termampu ditanggung oleh
beliau. Kurniakanlah ganjaran yang
setimpal ke atas kejayaan beliau mengharungi segala ujian dariMu Ya Allah.
Ya
Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, engkau kurniakanlah beliau kesihatan yang terbaik, juga
engkau kurniakanlah ketenangan, kesabaran dan keselamatan kepada semua ahli keluarga yang ditinggalkan, demi melaksanakan tuntutanMu
di tanah suci. Kurniakanlah mereka
dengan ketabahan dalam memberi sokongan kepada beliau, yang tidak ada hasrat
yang lain melainkan untuk menyahut seruanMu bagi mendapatkan keredhaanMu, Ya
Allah.
Ya
Allah Ya Rabbal’alamin. Kami sekali lagi
bermohon ke hadratmu Ya Allah, agar Engkau terimalah segala taubat beliau. Terimalah
segala amal ibadah yang telah dan akan dilakukan. Engkau makbulkanlah segala permintaannya, Ya
Allah. Engkau restuilah segala hasratnya Ya Allah. Engkau perkenankanlah segala
cita-citanya. Hanya kepada engkaulah Ya
Allah, kami bermohon, kerana hanya Engkau jualah yang berhak mengabulkan segala
permintaan kami. Engkau terimalah Kerja Haji yang bakal dilaksanakan oleh xxxxxx sehingga berjaya beliau dianugerahkan
olehMu dengan Haji Yang Mabrur. Itulah
kemuncak hasrat kami di majlis ini Ya Allah, kerana kami sedar bahawa, tiada
balasan untuk amalan Haji Yang Mabrur melainkan kurniaan dari Mu, iaitu syurgaMu
- Jannatul Firdaus..
Kami
juga bermohon kepadaMu Ya Allah, agar Puan Hamidah sudi menerima pintaan ampun
dan maaf dari kami sebagai rakan sekerja yang sama-sama mencari rezeki di sini.
Kami redha melepaskan beliau untuk
menyahut seruanMu dan kami sentiasa menanti beliau yang akan pulang, penuh
dengan keampunan dan keberkatan dariMu.
Rabba
atina Fidun ya Hasanah. Wafil akhirati hasanatan waqina 'azabannar.
Walhamdulillahi rabbil'alamin.
Doa Mesyuarat Agong Tahunan
Auzubillahiminishayitanirrrajim..
Bismillahrirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirrabil 'alamni. Hamdan syakirin, hamdan hamidin, hamdan
sabirin. Hamdan Yuwafi ni'amahu wa yu
kafiumazidah.
Allahuma
salli'ala saidinia muhammdin waala alahi wasahbihi wabarik wasallim.
Ya Allah, ya
tuhan kami. Segala puji hanya bagimu Ya
Allah. Tuhan semesta alam. Kapadamu kami berserah dan kepadaMu jualah kami
memohon perlindungan.
Selawat dan
salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga baginda,
para sahabat dan tabiin.
Ya Allah,
kami pohon kepadaMu akan keimanan yang sempurna Ya Allah, keyakinan yang benar
Yang Allah, ilmu yang berguna, hati yang
khusyuk, lidah yang sentiasa berzikir kepadaMu Ya Allah, limpah dan
kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati.
Engkau
lapangkanlah hati kami, kau satukanlah hati-hati kami.
Kau
berkatilah perhimpunan kami ini pada hari ini Ya Allah. Semoga ianya diterima
sebagai satu perhimpunan yang hanya mengharapkan keredhaan dariMu.
Kau
pandanglah kepada usaha kami yang kerdil ini, melalui wadah yang dinamakan
(Nama Persatuan), sebagai satu usaha yang mulia di sisiMu. Kau kurniakan persatuan ini dengan bimbingan
yang berterusan Ya Allah.
Bantulah
kami, bimbinglah kami untuk menjadi ahli-ahli yang taat kepada kepimpinannya.
Ahli-ahli yang beramanah terhadap tanggungjawab yang diberikan. Kau jadikanlah kami ahli-ahli yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan.
Berikanlah
kami Ya Allah, pimpinan yang berwibawa untuk mempimpin kami, pimpinan yang
mampu memberikan tunjuk ajar dan halatuju yang selaras dengan hasrat dan
matlamat yang sama-sama kami hajati. Kurniakanlah
kami dengan pimpinan yang sentiasa bersama-sama dalam setiap aktiviti yang kami
jalankan, sentiasa melibatkan diri menentukan perjalanan setiap aktiviti.
Pimpinan yang memahami akan kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri kami. Kau kuatkan persatuan ini dengan
tatacara pengurusan dan pentadbiran yang mantap. Kau arahkanlah hati-hati kami untuk terus
bekerjasama, saling hormat menghormati dan secara berterusan mengamalkan cirri-ciri musyawarah yang
berkesan.
Kau
permudahkanlah untuk kami terus menjalankan aktiviti-aktiviti yang
dirancang. Kau berkatilah segala usaha
kami dan bantulah kami untuk tidak sedikit pun mengabaikan tanggungjawab hakiki
kami, sama ada sebagai pekerja syarikat,
ataupun seorang isteri atau ibu kepada
keluarga kami Ya Allah.
Kau padamkan
dari hati-hati kami sifat-sifat yang tidak engkau restui Ya Allah. Tanamkanlah di lubuk hati-hati kami dengan
sifat-sifat kasih-sayang, bantu-membantu dan bertoleransi. Sesungguhnya, hanya kepada Engkaulah kami
berserah dan hanya kepada Engkau jualah kami memohon perlindungan.
Allahum
ma’firlana, zunubana ,wali wlidaiya,
warhammu ma, kama rabayana, sghira.
Rabbana atina
fiddunya hasanah….wa fil akhirati hasanah waqina ‘azabannar
Naiknya Tarif Elektrik di Malaysia
Secara
umumnya, masih ramai yang merasakan kononnya bisnes tenaga elektrik elektrik di
Malaysia masih dimonopoli oleh TNB.
Adakah pandangan ini mengkhususkan kepada penjanaan, penghantaraan atau
pun pengagihan tenaga elektrik? Seandainya dimonopoli, persoalan berikut perlu diketengahkan:
·
Adakah pihak TNB boleh dengan sendirinya
membina loji janakuasa berpandukan kepada keperluan tenaga elektrik semasa?
·
Bolehkah TNB menambah atau mengurang kapasti
pengeluarannya atau terdapat pihak lain yang mengawalselia sepenuhnya proses kelulusan
dan perlesesan yang berkaitan?
·
Adakah TNB mempunyai hak untuk mengulangkaji,
menentukan dan seterusnya menguatkuasakan tarif elektrik?
·
Sejauh mana mandat yang dimiliki oleh TNB
dalam mengambil tindakan penguatkuasaan berhubung bisnes tenaga elektrik?
Pada
hakikatnya, TNB kini masih lagi menjalankan operasi bisnesnya secara
dikawalselia (regulated business) oleh pihak kerajaan melalui mandat dan
tanggungjawab yang diamanahkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan
Air dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
Dengan lain perkataan, TNB tidak mempunyai mandat untuk menentukan tarif
elektrik yang. Sebaliknya, ianya adalah
ditentukan oleh pihak kerajaan sendiri.
Berdasarkan
kepada perbelanjaan modal dan operasinya, TNB perlu memajukan cadangan kepada
pengawalselia seandainya wujud sebarang keperluan bagi mengulangkaji tarif
elektrik. Langkah ini adalah bagi
memastikan TNB berupaya mengekalkan bisnesnya dan mampu menjana modal untuk
membangunkan loji baru dan infrastruktur yang berkaitan termasuk
penyelenggaraan dan operasi, serta penggantian kepada loji dan perpasangan
sediada. Dalam masa yang sama, agar TNB
mampu menjana hasil dan pulangan yang menguntungkan kepada pelabur dan pemegang
saham.
Pihak
pengawalselia industri elektrik di Malaysia, khususnya Suruhanjaya Tenaga,
telah memperkenalkan mekanisma Incentive Based Regulation (IBR) dengan hasrat
untuk mengujudkan industri pembekalan
elektrik yang lebih mampan melalui sistem yang lebih telus dengan pulangan yang
baik serta mampu menggalakkan kecekapan.
Perlaksanaan IBR bertujuan untuk memastikan TNB dikendalikan dengan
cekap dan hanya mengenakan bayaran kepada pelanggan dengan tarif elektrik yang
kompetitif.
Pada
hakikatnya, adalah tidak tepat untuk mengatakan kenaikan tarif disebabkan oleh
kenaikan kos operasi TNB. Kenaikan ini
adalah hasil daripada mekanisma yang dinamakan Imbalance Cost Pass Through
(ICPT atau Pelepasan Kos Ketidakseimbangan) yang
diperkenalkan dalam sistem penetapan tarif elektrik di Malaysia. Mekasnisma ini membenarkan TNB sebagai
utility pembekalan elektrik, dengan kelulusan pihak pengawalselia, untuk
mengulangkaji tarif berdasarkan kepada harga bahanapi yang berada di luar bidang
kawalannya. Kenaikan atau penurunan kos
bahanapi yang terpaksa ditanggung oleh TNB, akan diterjemahkan kepada pelarasan
tarif, samada naik atau pun turun.
Dengan lain perkataan, TNB akan menyerahkan tanggungan ke atas kenaikan
atau penurunan kos bahanapi kepada pelanggan melalui pelarasan tarif (hanya
pada komponen bahanapi sahaja). Ini
bermakna tarif juga akan diturunkan seandainya kos bahanapi menurun dan begitu
jugalah sebaliknya.
Apa yang
berlaku baru-baru ini adalah pihak kerajaan telah menarik balik sebahagian
daripada subsidi bahanapi yang diberikan kepada TNB. Ini bermakna harga bahanapi yang dijual
kepada TNB telah meningkat, semakin menghampiri harga pasaran berbanding dengan
harga yang dibayar oleh TNB sebelum ini.
Dalam kenaikan tarif pada bulan Januari yang lepas, hanya 18% sahaja
daripada kenaikan itu digunakan bagi menampung perbelanjaan untuk pembekalan
baru dan penambahbaikan system pengagihan yang mencecah sehingga RM4 billion
setahun. Manakala kos bagi pembaikan dan
pembangunan sistem rangkaian penghantaran yang terpaksa ditanggung oleh TNB
sehingga RM2.5 billion setahun. Ini
bermakna sebahagian besar daripada kenaikan tarif kali ini adalah disebabkan
oleh kenaikan harga gas dan arangbatu yang masing-masing menyumbang kepada
kenaikan tarif pada kadar 78.6% dan 3.4%.
Akhirnya, hasil daripada kenaikan tarif tempoh hari, sebahagian
besarnya, pergi kepada pembekal bahanapi, dan bukannya TNB.
Wednesday, May 28, 2014
Bilakah kita akan mula menulis?
Bilakah kita akan mula menulis?
Mungkin masih ada sisa ilmu di dada. Namun, apakah sudah menjadi manfaat seandainya ia hanya kekal di dalam dada sendiri. Apakah mampu ianya membawa berkat kepada diri sendiri dan memanfaatkan generasi ke...mudiannya.
Bagaimanakah ilmu yang dimiliki, walaupun sedikit, boleh diwarkahkan dengan olahan pena dan tinta? …….. (taip kat laptop je lah!!!)
Terfikir sejenak……mungkin ilham dari novelis Khairi Mohamad melaui novelnya KASYAF, mampu menjadi sumber inspirasi agar saya juga perlu mula MENULIS. Tapi, apa yang nak dituliskan dan siapa pula yang sudi untuk membacanya.
Note: Khairi menandatangani novelnya, KASYAF untuk Razif Halim
Mungkin masih ada sisa ilmu di dada. Namun, apakah sudah menjadi manfaat seandainya ia hanya kekal di dalam dada sendiri. Apakah mampu ianya membawa berkat kepada diri sendiri dan memanfaatkan generasi ke...mudiannya.
Bagaimanakah ilmu yang dimiliki, walaupun sedikit, boleh diwarkahkan dengan olahan pena dan tinta? …….. (taip kat laptop je lah!!!)
Terfikir sejenak……mungkin ilham dari novelis Khairi Mohamad melaui novelnya KASYAF, mampu menjadi sumber inspirasi agar saya juga perlu mula MENULIS. Tapi, apa yang nak dituliskan dan siapa pula yang sudi untuk membacanya.
Note: Khairi menandatangani novelnya, KASYAF untuk Razif Halim
https://www.facebook.com/#!/mohammad.othman.129?hc_location=timeline
Sunday, May 25, 2014
Thomas Cup 2014
Aku Anak Malaysia. Berbangga dengan persembahan Pasukan Badminton Negara. Proud to be Malaysian. Jangan hanya nk bersorak di kala menang. Tp perlu juga terus menyokong di waktu kemenangan tidak memihak kepada KITA! Tahniah kepada semua.
https://www.facebook.com/#!/mohammad.othman.129?hc_location=timeline
Friday, May 23, 2014
Friday, May 9, 2014
Medinah May 2014
Medinah May 2014
Jumaat dan Sabtu 9 - 10 Mei 2014, Medinah Al-Munawwarah. Suatu ketenangan yang sukar untuk digambarkan. Mungkin dapat difahami oleh mereka yang pernah berkunjung ke sini berserta ziarah ke makam Rasulullah SAW. Mungkin juga menjadi kerinduan kepada mereka yang pernah merasakannya.
Paparan ini juga berhasrat menjadikan ianya satu sumber inspirasi kepada mereka yang belum pernah ke sini untuk berusaha menziarahi tanah haram yang menyimpuan seribu rahsia sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW.
Namun, sebagai seorang muslim, seandainya gambar ini tidak langsung membuat terdetik di hati untuk ke sini, maka perlulah kita menilai semula fenomina yang tidak kita ketahui apakah puncanya. Sebaliknya jutaan insan yang tidak mampu dari segi kewangan, masa, tenaga dsbnya, sedang gigih berusaha untuk menjadi tetamu Allah di sini. Malah ramai di antara umat Islam yang jika di lihat secara zahirnya, hanya manusia yang berbekalkan kemampuan dan kewangan yang amat terhad, berjaya sampai ke tanah suci ini...renung-renungkan lah...
Paparan ini juga berhasrat menjadikan ianya satu sumber inspirasi kepada mereka yang belum pernah ke sini untuk berusaha menziarahi tanah haram yang menyimpuan seribu rahsia sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW.
Namun, sebagai seorang muslim, seandainya gambar ini tidak langsung membuat terdetik di hati untuk ke sini, maka perlulah kita menilai semula fenomina yang tidak kita ketahui apakah puncanya. Sebaliknya jutaan insan yang tidak mampu dari segi kewangan, masa, tenaga dsbnya, sedang gigih berusaha untuk menjadi tetamu Allah di sini. Malah ramai di antara umat Islam yang jika di lihat secara zahirnya, hanya manusia yang berbekalkan kemampuan dan kewangan yang amat terhad, berjaya sampai ke tanah suci ini...renung-renungkan lah...
Posting terdahulu. Selepas keluar dari Raudhah pada waktu Subuh 10 Mei 2014...
........... "Ya Allah. Bersyukur kerana merestui kehadiran diriku di dalam Taman SyurgaMu, Rawdhah ini. Walaupun hanya seketika utk merasai ketenangan anugerahMu Yang Maha Pemurah.
Iklaskanlah setiap titisan air mata ini sewaktu mengenangkan kebesaranMu Ya Allah.
Tiada penjelasan mengapa air mata mengalir membasahi pipi tanpa ku sedari sewaktu mensedekahkan Surah Al Fatihah kepada kedua ibubapaku melainkan satu kerinduan yg amat terasa di lubuk sanubari. Sebenarnya di sebalik hati yg keras ini, tetap tersemat rasa syukur dan terima kepada kedua ibubapaku yg telah melahirkan dan membesarkanku. Namun tidak banyak yg sempat aku lakukan bagi membalas segala kebaikan dan jasa mereka. Hanya Engkau yg Maha Mengetahui segala yg tersirat di hati ini. Cucurilah rahmatMu ke atas kedua ibubapaku. Semoga mereka tenang dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmatMu sehingga aman keduanya ke syurgaMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal 'Alamim. ........
Dari Posting di bawah :
.........."Memang betul Mahmood AB dan A Munir Othman, kami berasa amat bertuah dan memang ingin berkongsi pengalaman ini...semoga kehadiran tuan puan di kemudian hari, hasil kerinduan ini, akan tercatat juga kepada kami sebaga satu amal kebajikan..Namun, kepada yang belum direzekikanNya untuk ke sini, jangan pula sampai terasa hati dengan paparan ini..jadikanlah ianya sebagai sumber inspirasi dan motivasi seumpama kita melihat dokumentari yang lain...Wallah 'Alam. "
..........."Ada doa khusus kerana diminta oleh saudara dan rakan. Ada salam yg disampaikan pd Rasulullah Khusus kerana dikirim. Namun, bila doa disebut rakan2, saudara2, kenalanku, sudah pasti menjadi satu kepuasan dan besar ertinya kpd sesuatu persahabatan dan persaudaraan. Lebih2 lg bila ada sudi meng'amin'kannya. Alhamdulillah. " ............
Ditujukan kepada anak-anakku: Muhammad Ihsan, Atikah Mohammad, Aiman Mohammad, Muhamad Suhaib, Nurul Najwa Razali, Hajar Atikah ...
Link: Album FB
Subscribe to:
Posts (Atom)