Sunday, December 28, 2014

Sumbang ke Sembang?!

Seandainya bantuan sampai, terimalah dengan penuh rasa syukur. Tak kira dari sape pun. Tak perlu dipolitikkan. Sesuap makanan yg sampai, kita tidak tahu sebenarnya siapa yang mendapat ganjaran terbesar di sisiNya. Kalau dapat dari tabung mana pun, usahlah dipertikaikan sumbernya. Janganlah dicaci kerana ianya lambat sampai. Kalau dh waktu itu, dan jumlah itu, dan begitu caranya ia sampai ke pangkuan kita, terimalah dengan rasa penuh kesyukuran. Kalau tak, kufur nikmat plak jadinya.

Yang menyumbang pun tak pernah pertikai kepada siapa sumbangannya sampai. Mereka menyumbang dengan penuh keikhlasan. Sukarelawan pula mengerah tenaga, berhempas pulas tanpa mengira siang dan malam. Membantu tanpa mengira latarbelakang mangsa.

Malangnya, jari jemari di media sosial yang dok mempertikaikan itu dan ini, politik lah, tak ikhlas lah, sibuk mempertikai usaha orang lain. Usaha kita ape dia? Dah sumbang ke belum? Atau sembang je....

Golongan ni lah kalau ada dijumpai oleh mana-mana sukarelawan, semoga dapat dibenamkan sikit dalam air banjir tu. Baru dia tau dalam atau cetek air banjir di sana.

Malangnya kami sendiri jauh dari tempat kejadian dan tak terdaya untuk kembali membantu. Namun, semoga Allah tetap menerima apa yang telah disumbangkan sekadar termampu.

Saya amat berharap senandainya kita kenal mana-mana admin group yang mempolitikkan, memfitnah, atau mengapi-apikan suasana ini demi populariti sempit diri sendiri, marilah sama-sama kita 'report' mengenai akaunnya supaya di block oleh FB.

Wednesday, November 26, 2014

Ziarah Madinah dan Raudhah - Panduan untuk rakan-rakan

Ziarah Madinah Al Munawarah - Panduan untuk rakan-rakan


Coretan pengalaman ini sekadar untuk berkongsi pengamalan indah ketika menziarahi bumi bertuah, Madinah Al Munawwarah. Ianya juga membawa makna kita menziarai makam Rasulullah SAW dan Masjid baginda.

Janganlah kita melapaskan peluang untuk memasuki kawasan Raudhah (taman syurga) yang terletak di antara Rumah dan Mimbar baginda Rassulullah SAW. Sebaiknya kita membuat sedikit kajian melalui bacaan dan internet yang menyediakan banyak maklumat sebagai panduan. Semakin banyak kita mendalami sejarahnya, semakin delam penghayatan dan pengajaran yang boleh kita pelajari darinya, Insya Allah.

Raudhah

Raudhah adalah suatu tempat di Masjid Nabawi yang terletak antara mimbar beliau dengan kamar (rumah) beliau. Rasulullah menerangkan tentang keutamaan raudhah,

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي قال: “مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ، وَمِنْبَرِي عَلَى حَوْضِي

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Antara rumahku dan mimbarku terdapat taman di antara taman-taman surga. Dan mimbarku di atas telagaku.” (HR. Bukhari).

Bagi kaum lelaki adalah lebih mudah untuk menziarahi Raudhah kerana jadual yang agak selesa berbanding kaum wanita. Buat masa sekarang (Nov 2014), mungkin akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, kaum wanita hanya dibenarkan untuk memasuki Raudhah dalam 2 sessi setiap hari,, jam 7 pagi dan jam 7 malam . Dengan penyediaan kawalan dan pengawasan yang teratur oleh pihak pengawal masjid.

Cubalah merujuk kepada bahan bacaan untuk mengenali raudhah dengan lebih dekat. Dengan mengenali beberapa komponen berikut akan membuat kita lebih menghargai sejarah dan perjuangan Rasulullah SAW: Mihrab, Mimbar, Tiang Aisyah, beberapa tiang di antaranya Tiang Taubat, Tiang Ali/Pengawal, Tiang Perwakilan/Wufud, Tiang Jibril, dll......

Sewaktu ziarah dalam, kita berpeluang menziarai tanah perkuburan Baqi' yang terletak di penjuru tenggara Masjid Nabawi. Walaupun kaum wanita tidak dibenar bersama menziarahi makam berkenaan, cubalah meninjau sedikit beberapa papan maklumat yang mengisahkan salasilah dan carta keluarga Rasulullah dan sahabat di luar hadapan pintu masuk ke perkuburan Baqi.

Ambillah peluang untuk cuba mengelilingi seluruh masjid agar kita dapat mengenali ianya secara keseluruhan dan bukan hanya tertumpu kepada satu pintu yang sering kita masuki sahaja. Cuba kenali yang mana satu Bab As-Salam (Pintu No. 1), yang menjadi laluan utama para jemaah lelaki memasuki ruang untuk menziarahi makam Rasulullah SAW. Elok juga kalau kita dapat mengenali (bukan ada fadhilat ape pun, sekadar mengenali) bagaimana urutan pintu-pintu masjid dengan nombor yang meningkat mengikut pusingan arah jam seandainya di lihat dari atas.

Ada banyak disediakan tandas untuk kegunaan jemaah di tingkat bawah ke arah laluan menuju ke tempat letak kereta di bawah masjid. Bayaran hanya SR1 sejam memang memudahkan jemaah.

Mungkin kemudahan restoran dan tempat menjamu selera di Madinah tidaklah sebanyak di Mekah. Namun ada beberapa tumpuan menarik adalah di food court yang berbentuk segitiga (rakan-rakan saya memanggilnya Triangle Food Court, saya pun tak tahu namanya). Ada juga saudara dari kampung saya yang memanggilnya teh tarik (syai halib) corner. Makanan yang dijual dengan harga yang berpatutan. Namun, ramai jemaah haji dan umrah kurang menggunakan kemudahan ini disebabkan mereka telah pun disediakan dengan sajian yang selesa melalui pakej ziarah masing-masing.

...........bersambung.

(kepada rakan-rakan yang berhajat untuk bertanyakan sesuatu secara khusus, bolehlah FB Message..Insya Allah akan cuba saya berkongsi demi manfaat bersama)

Saturday, November 15, 2014

Langit Gelap di Mekah

"LANGIT MERAH SEBELUM GELAP PEKAT DI MEKAH"  


“Langit gelap mcm pukul 9 malam pada waktu 1:30 tengahari di Mekah. Langit pula berwarna merah….…sempat ke kita nak bertaubat ni”…

“Semalam mengikut orang pergi tawaf wida, sebelum cuaca gelap pekat langit kelihatan merah semerah2nya.”

Inilah di antara bebera whatsapp yang saya terima sejak beberapa hari lalu yang meminta saya mengesahkannya.

Respond awal saya…kalut la hampa ni… Kalau langit terang benderang macam pukul 1:30 tengahari ketika hujan lebat di waktu 9 malam di mekah, patutlah kita pakat panik mcm tu…

Pada hari Sabtu yang lepas memang ada sandstorm di Mekah, Jeddah dan sekitarnya. Memang ada hujan lebat, macam ribut juga lah.

Di tanah Arab ni, bila berlaku sandstorm (ribut pasir) memanglah nampak suasana persekitaran kemerahan. Maklumlah pasir dari padang pasir dan tanah dari tapak pembinaan berterbangan.

Tapi kalau setiap kali langit kemerahan, kita rasa nak bertaubat, bagus sangatlah tu. Alhamdullilah. Dan kalau setiap kali langit gelap, kita nak bertaubat, maka itulah yang terbaik. Maka setiap malam kita akan mampu buat solat taubat. Semoga kita semua berusaha ke arah itu.

Langit memang lah gelap di mekah dan Jeddah sewaktu hujan pada hari Ahad yang lepas. Kalau dah langit di sini yang sentiasa terang benderang, tanpa awan, panas terik sentiasa, sekali awan mendung, hujan dan ribut memanglah seraca relatifnya langit dianggap sangat gelap. Cuba bayangkan dataran marmar di hadapan Masjidil Haram yang sentiasa putih bersinar dengan kilauan matahari, tiba-tiba hujan, memanglah patut dianggap amat gelap orang tempatan.

Sekolah di Jeddah pun ditutup dan pelajar dapat pulang awal kerana hari hujan. Pekerja di pejabat pun dapat pulang awal. Tapi mereka semua sedar bahawa ini adalah kerana sebagai langkah berjaga-jaga sendainya berlaku banjir. Di sekitar perumahan kami pun banjir kerana di sini tiada sistem saliran yang baik seperti di negara yang sering disirami hujan.

Tapi yang anehnya, cara hebahan melalui whatsapp, FB dan media social seolah-olah Kaabah sudah dilanda malapetaka yang menghampiri kiamat. Maka ramai yang mengeluh kesah takut tak sempat bertaubat.

Kenapa?

Kalau tak ada ribut di mekah, kita tak perlu bertaubat ke? Atau kalau langit di Mekah cerah, kita tak menghampiri akhir zaman ke? Bukankah panas terik itu juga ujian dari Allah juga ke?

Tetapi selalu juga setiap kali hujan turun, kita sebut ‘hujan rahmat tu’…..jadi hari yang panas itu, bukan cerah yang rahmat ke?
Adakah petanda begini saja yang akan membuat kita perlu mangajak semua untuk bertaubat dan perbanyakkan amal… apa bezanya cuaca hujan menimpa Kaabah di Mekah dan langit cerah menyinari Eifel Tower di Paris? Tidakkah kedua2nya juga sama-sama mengajak kita untuk berusaha bertaubat dan meningkatkan amal.

Tak kiralah apa keadaan sekali pun, umur kita tetap semakin pendek 1 hari daripada semalam. Semakin hari kita semakin menghampiri akhir zaman.

Namun, kalau hujan selama 2 hari menyirami kaabah di Mekah, boleh membuat kita lebih mengingati Allah. Alhamdulillah. Tapi janganlah cuaca baik dan nyaman di Negara kita, tidak pula membuatkan kita juga lebih dekat kepadaNya.

Wallahu’alam. ……………………………………….

Saturday, November 1, 2014

Baitul Barokah Wal Mahabbah - Rumusan Lawatan

Rumusan Lawatan ke Baitul Barokah Wal Mahabbah 


Lanjutan daripada hebahan melalui FB dan Whatsapp serta media sosial mengenai ‘Rumah Anak Yatim’ yang kritikal bekalan makanannya, saya dan keluarga telah berziarah ke sana. Rumusan lawatan tapak disediakan untuk panduan kepada mereka yang berhasrat untuk turut
menyumbang....


Hasil hebahan berkenaan, walaupun dengan gambaran yang kurang tepat, telah membuatkan ramai dermawan dan mereka yang bersimpati menghantar makanan dan barangan keperluan ke premis berkenaan. Alhamdulillah.

Di bawah adalah maklumat yang saya terima melalu media sosial dan saya turut mengedarkannya kepada rakan-rakan.

“Assalamualikum.
Saya (Azarudin) baru hubungi Penjaga Rumah Anak2 Yatim Ust Jaafar. (30/10/2014) Bekalan makanan anak2 yatim (80 orang) di Gincing Salak tinggi ini di tahap kritical. Bekalan makanan cuma boleh bertahan 2 hari saje lagi (30/10/14).
Amat memerlukan bantuan beras, mee hoon, biskut dan barang2 kering yg lain. Kepada sesiapa yg nak menyumbang amat dialu alu kan. Boleh hantar sendiri ke alamat di Jalan Hj Burhan, Salak Tinggi.
Penjaganya ustazah norlida 0105081997 atau ustaz jaafar 0186682732 Akaun Rumah Anak2 Yatim:
Bank: Maybank
Nama Acc: Baitul Barokah Wal Mahabbah No Acc: 562834614558.”

Sebenarnya rumah berkenaan bukanlah Rumah Anak Yatim sepenuhnya. Berdasarkan maklumat hasil perbualan saya dengan Ustaz Jaafar dan Ustaz Aidi, ianya adalah Sekolah Rendah Islam Intergrasi milik persendirian di atas nama Persatuan Kebajikan Baitul Barakoh Wal Mahabbah. Memilik 8 buah rumah yang dijadikan asrama di atas premis sewaan. Seramai 80 orang, kesemuanya adalah anak-anak asnaf zakat, termasuk 10 orang anak yatim.

Hasil hebahan yang dimaksudkan, ianya mendapat simpati orang ramai yang menghantar barangan makanan dan keperluan. Mungkin melebihi daripada apa yang dijangkakan. Alhamdulillah, dengan sedikit suntikan,maklumat, ramai yang tampil memberi sumbangan. Namun, janganlah pula kita melupai rumah-rumah anak yatim lain, yang sentiasa mengharapkan subang bakti daripada kita semua.

Mungkin maklumat yang disampaikan oleh Azarudin tentang keadaan kritikal rumah anak yatim berkenaan yang hampir kehabisan makanan agak kurang tepat. Namun, kesilapan kecil beliau pasti akan tetap mendapat ganjaran besar dari Allah s.w.t. Menurut Ustaz Jaafar, En Azarudin merupakan seorang penyubang setia kepada rumah berkenaan. Syukur Alhamdulillah.

Juga diingatkan bahawa dalam keadaan bekalan makanan yang banyak buat masa ini, ianya akan kehabisan juga. Keperluan bayaran sewaan, bil elektrik dan air juga menjadi sesuatu yang boleh kita manfaatkan sebagai satu amalan sedekah dari kita semua.

Wallahu Alam ……..

Sunday, September 21, 2014

FAKIR BERFIKIR UNTUK PARKIR

Hampir setiap kali mencari ruang tempat letak kerea di pusat membeli-belah atau hypermarket, bertemulah dengan mereka yang tidak peka dalam disiplin meletakkan kenderaan. Ruang parkir kereta sememangnya sudah disediakan, mencukupi keperluan pelawat dan pembeli. Namun, garisan petak parkir seolah-olah tidak memberi banyak makna kepada mereka di sini.

Kenderaan mereka yang bersaiz agak besar bekemungkinan menjadi punca kenapa sukarnya untuk mereka meletakkannya dengan baik di dalam petak yang disediakan. Adalah itu satu alasan untuk tidak perlu berusaha meletakkan kenderaan dengan baik? Ianya pasti tidak akan menyusahkan pengguna lain seandainya ada sedikit sifat atau elemen keprihatinan dan bertimbangrasa sesama pengguna lain. Sekurang-kurangnya ada sedikit inisiatif untuk cuba meletakkannya di tangah-tangah petak. Namun, ‘konsep siapa datang dulu, dialah yang punya’ telah dipraktikkan dengan sewenang-wenangnya.

Mereka jarang berusaha untuk mengubah kedudukan kenderaan, seandainya cubaan masuk kali pertama tidak berada di tengah-tengah petak. Sekurang-kurangnya kita akan memikirkan bagaimana tabiat seumpama ini boleh menyukarkan pengguna yang datang kemudian untuk keluar dan masuk dari kenderaan mereka. Walaupun sekiranya kita hanya mengubahkan kenderaan kepada kedudukan di tengah petak, dengan harapan agar pintu kenderaan lain tidak akan mencalarkan kenderaan kita bila dibuka nanti, juga akan membawa kepada manfaat bersama. Mungkin cara mereka berfikir agak berbeza; ‘Kau datang lewat, kau fikirlah sendiri’. Mungkin juga kerana mereka tidak ambil peduli dengan kerosakan atar sedikit kesan calar.

Pernah terlihat insiden di mana sebuah kereta yang datang di awal pagi, sewaktu kebanyakan petak letak kereta masih kosong, terus meletakkan kereta Hyundai Accent melintangi 2 petak kosong. Belum lagi dikisahkan bagaimana GMC Yukon dan Chevrolet Suburban mengambil 3 petak segali gus, tanpa sedikit rasa prihatin kepada pengguna lain. ‘Bujur lalu, melintang, ade aku kisah ?!’

Namun, satu kehebatan yang tiada tolok bandingannya di sini ialah jarang sekali kita dapat bertemu dengan tempat letak kereta yang mengenakan bayaran. Hampir keseluruhan Bandar Jeddah termasuk hotel, kecuali di lapangan terbang dan Balad, menyediakan tempat letak kereta secara percuma.

Koman-Songsang ke Common Sense?

Buang Sampah

Mudah untuk kita melihat sampah sarap bertaburan di jalanan. Tong sampah pula dengan mudah diletak dipinggir jalan sehingga mengganggu lalulintas. Namun, fungsinya masih tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Menjadi kebiasaan cebisan tisu dan sampah dicampak keluar melalui tingkap sewaktu kenderaan bergerak di jalanan. Juga sering dapat dilihat, sewaktu kenderaan di tempat letak kereta, penumpang atau pemandu akan mengumpul sampah dari dalam kereta, dengan selambanya membuang ke luar. Maka bertaburanlah sampah selepas kereta bergerak meninggal tempat berkenaan. 
Ada juga tisu dan bungkusan yang dibuang hanya di sebelah tong sampah yang disediakan. Tidak ketara langsung satu inisiatif untuk memasukkannya ke tempat yang telah disediakan secara khusus. Pernah juga ditanya kepada mereka, mengapa mereka bertindak begitu tanpa memikirkan yang ianya akan menjadi measalah kepada tukang sapu dan pemungut sampah. Jawapan yang pernah saya terima adalah, ‘They should be thankful because we are creating jobs for them.” Udah...ke situ pula pemikiran mereka.

Pernah aku melihat satu insiden unik tentang cara mereka membuah sampah tanpa sebarang rasa bersalah. Seorang sorang pemandu arab yang selepas meminum air mineral (botol kecil), meletakkan botol kosong di atas bumbung kereta sebelum beliau memasuki kenderaan. Dalam keadaan botol yang diletak berdiri tegak di atas bumbung kereta, beliau masuk, menghidupkan enjin dan terus bergerak. Dibiarkan saja botol berkenaan terjatuh ke bawah tanpa sedikit pun rasa bersalah dengan tindakannya itu. Mungkin bagi belliau, bukan salahku, botol itu yang terjun sendiri dari atas bumbung kereta. ………..Mungkin otak dalam botol kot.

Pemancing ‘memungut’ sampah.

Terserampak dengan beberapa orang pemacing ketika aku bersiar di sekitar Obhur Beach di kawasan North Jeddah. Asyik juga aku menyaksikan mereka memancing di tepi pantai. Teringat juga kenangan aku memancing di Kuala Kedah sewaktu usia remaja dulu.

Selepas hampir satu jam aku melihat mereka memancing, tibalah waktu mereka berkemas untuk pulang kerana matahari semakin tinggi di sebelah timur. Semua peralatan memancing dikemas, sampah-sarap serta bekas makanan dan umpan dikumpul bersama. Setelah semua beg siap digalas dan bersedia untuk bergerak pulang, terlihat satu aksi yang amat mengejutkan. Seorang daripada pemancing tadi, dengan tidak semena-mena, mencampakkan semua sampah yang dikumpulkan tadi terus ke dalam laut yang sedang berombak memukul pantai. Hasilnya, kita semua dapat mengagak dengan tepat sekali…. Sedangkan lebih kurang 20 meter dari tampat itu ada disediakan tong sampah (yang tidak digunakan pun).

Thursday, August 7, 2014

Kuda Tunggangan C70


'Kuda' tungganganku yang bnyk berjasa sewaktu mula belerja di SJ Perai pada lewat tahun 80an sehingga beranak 2. Sempat berulang alik di antara Alor Setar dan Perai utk bertugas shift. Selepas shift petang pun aku rempit dalam sekitar jam 1 pagi. Nak masuk shift malam juga aku pecut dari Alor Setar dalam sekitar jam 9 malam. Kenangan manis bersama Faudziah Ramli, Muhammad Ihsan, Atikah Mohammad, Aiman Mohammad dan Muhamad Suhaib.