Thursday, June 19, 2014

Ayam vs. Itik dan Unta vs. Kambing

Terkenang seketika dulu, rakan di Stesen Janaelektrik Sungai Perak terpaksa bersua sang belalai sewaktu ke tempat kerja. Rakan-rakan di Sungai Piah bertemu ulang tedung dalam perjalanan ke stesen. Manakala kawan-kawan di SJ Kenyir terpaksa mengelak lembu dan ‘bahan buangannya’ di sepanjang perjalanan dari Kuala Berang ke Jenagor.

Tidak pernah terlintas bahawa suatu hari nanti, giliran aku bertemu unta di pertengahan jalan untuk pergi dan balik dari tempat bertugas. Namun hakikatnya, agak menarik melihat unta berkeliaran meragut rumput yang tak seberapa di tengah padang pasir, di bawah terik mentari.

Memang terdapat perbezaan di antara cara pergerakan seekor ayam dan itik sewaktu melintas atau berada di tepi jalan. Lebih bahaya apabila seekor ayam melintas berbanding dengan seekor itik. Ayam mungkin berpatah balik setelah melintas separuh jalan, berbanding itik yang hanya akan terus melintas dengan gaya dan kelajuan tersendiri. Begitu juga bezanya mengendalikan kambing dan unta melintas jalan. Kambing, tanpa senyum kambing, melintas sesuka hati. Manakala unta akan melintas seperti itik pulang petang. Maka itik dan unta lebih selamat dijadikan tauladan.

Alhamdulillah. Indahnya bumiMu Ya Allah.






No comments:

Post a Comment