Stiap kali berlaku insiden unik di Malaysia ni, maka ramai lah yang mula bersikap unik dengan respon tanpa usul periksa. Apakah kelebihannya bila kita muncul sebagai orang pertama memberi komen atau pemula kepada proses penyampaian maklumat? Sehingga tidak sempat nak menyemak kesahihan sesuatu maklumat yang diterima dari perbagai media yang entah dari mana datangnya.
Kalau pihak media, mereka mengejar rating. Kita pula mengejar apa ye?
Kekadang tu, komen pula berbisa tanpa menyemak kisah dari pihak kedua, ketiga atau seterusnya sehingga bertemu dengan sumber yang sahih.
Kalau orang minta bantuan sumbangan, kita juga yang paling pantas menekan butang 'Like' dan 'Share'. Kalau tak sahih, kita cuci tangan. Kalau sahih, tangan kita tidak pula menjadi orang pertama yang menghulurkan bantuan.
Masih ramai yang bersikap, aku kongsi je...nanti adalah orang lain yang akan mengambil tindakan. Aku share je, nanti kerosakannya, adalah orang yang akan betulkan...sampai bila ye?
Semoga Allah memelihara kita semua.
No comments:
Post a Comment