Tuesday, June 24, 2014

Starhill Gallery


Terpegun seketika dengan Nilai Murni

Sewaktu bergegas untuk mencari sarapan di sekitar Jalan Bukit Bintang pagi tadi, terlihat kemesraan dan kesungguhan Pasukan Keselamatan Starhill Galery dengan 'roll call' yg cukup menarik. (Maklumlah,... walaupun duduk di hotel ber'bintang', nasi lemak bungkus di warung juga menjadi 'Pujaan Hatiku').

Semua anggota menunjukkan tahap disiplin yg amat tinggi semasa penyelia mereka memberi taklimat sebelum memulakan tugas.

Yang paling menarik sebenarnya adalah di penghujung sesi taklimat. Semua anggota bersalaman sesama sendiri dan penyelia mereka mengikut gerakan bulatan. Mungkin rakan2 seIslam ku dapat memahami apa maksud saya yang tersirat di sini.

Bernilainya amalan yang islamik bila ianya diperaktikkan, tak kira oleh sesiapa jua. Laungan islamik tidak membawa sebarang manfaat, walaupun dilakukan oleh seorang Muslim, seandainya tidak dijadikan amalan.

Tahniah kepada penyelia mereka Patrick Ramesh Sawarimutu (Security Supervisor). See More



— at Starhill Gallery.

Monday, June 23, 2014

2 telinga, 2 lubang....Ape Rating nye?

Stiap kali berlaku insiden unik di Malaysia ni, maka ramai lah yang mula bersikap unik dengan respon tanpa usul periksa. Apakah kelebihannya bila kita muncul sebagai orang pertama memberi komen atau pemula kepada proses penyampaian maklumat? Sehingga tidak sempat nak menyemak kesahihan sesuatu maklumat yang diterima dari perbagai media yang entah dari mana datangnya.

Kalau pihak media, mereka mengejar rating. Kita pula mengejar apa ye?

Kekadang tu, komen pula berbisa tanpa menyemak kisah dari pihak kedua, ketiga atau seterusnya sehingga bertemu dengan sumber yang sahih.

Kalau orang minta bantuan sumbangan, kita juga yang paling pantas menekan butang 'Like' dan 'Share'. Kalau tak sahih, kita cuci tangan. Kalau sahih, tangan kita tidak pula menjadi orang pertama yang menghulurkan bantuan.

Masih ramai yang bersikap, aku kongsi je...nanti adalah orang lain yang akan mengambil tindakan. Aku share je, nanti kerosakannya, adalah orang yang akan betulkan...sampai bila ye?

Semoga Allah memelihara kita semua.



Thursday, June 19, 2014

Ayam vs. Itik dan Unta vs. Kambing

Terkenang seketika dulu, rakan di Stesen Janaelektrik Sungai Perak terpaksa bersua sang belalai sewaktu ke tempat kerja. Rakan-rakan di Sungai Piah bertemu ulang tedung dalam perjalanan ke stesen. Manakala kawan-kawan di SJ Kenyir terpaksa mengelak lembu dan ‘bahan buangannya’ di sepanjang perjalanan dari Kuala Berang ke Jenagor.

Tidak pernah terlintas bahawa suatu hari nanti, giliran aku bertemu unta di pertengahan jalan untuk pergi dan balik dari tempat bertugas. Namun hakikatnya, agak menarik melihat unta berkeliaran meragut rumput yang tak seberapa di tengah padang pasir, di bawah terik mentari.

Memang terdapat perbezaan di antara cara pergerakan seekor ayam dan itik sewaktu melintas atau berada di tepi jalan. Lebih bahaya apabila seekor ayam melintas berbanding dengan seekor itik. Ayam mungkin berpatah balik setelah melintas separuh jalan, berbanding itik yang hanya akan terus melintas dengan gaya dan kelajuan tersendiri. Begitu juga bezanya mengendalikan kambing dan unta melintas jalan. Kambing, tanpa senyum kambing, melintas sesuka hati. Manakala unta akan melintas seperti itik pulang petang. Maka itik dan unta lebih selamat dijadikan tauladan.

Alhamdulillah. Indahnya bumiMu Ya Allah.






Monday, June 16, 2014

Manama, Bahrain 14-16 June 2014

Backpack ke Bahrain - Terpaksa keluar dengan tiket penerbangan termurah kerana tempoh sahlaku visa ke KSA telah tamat.

Semakin hari semakin ketat kawalan kemasukan ke Arab Saudi oleh pihak Immigration mereka. Pememang Business Visit Visa dibernarkan oleh melanjutkan tempoh berada di negara ini hanya sekali sahaja. Ini bermakna hanya maksimum 60 hari tempoh untuk berada di Arab Saudi bagi sesuatu kemasukan. Namun, telah diberitakan bahawa tempah lanjutan tidak akan lagi diberi selepas ini.

Fenomena inilah yang akan memberikan sedikit impak tugasan dan kewangan bagi mereka yang masih memasuki dan bertugas di Arab Saudi dengan Business Visit Visa, termasuklah ahli keluarga yang menemani pemegang visa masing-masing.

Setelah mempertimbang untuk keluar ke beberapa negara berhampiran di rantau ini seperti, Emirate Arab Bersatu, Kuwait, Oman, Yaman dan sebagainya, akhirnya penerbangan ke Bahrain menjadi pilihan kerana hanya mengenakan lebih sedikit daripada SAR1000 untuk tiket penerbangan pergi dan balik dari Jeddah.

Sesekali timbul juga kerisauan untuk ke Bahrian memandangkan wujudnya satu tanggapan kurang enak bahawa kaum lelaki dari Arab Saudi, yang kononnya ke Bahrain hanya untuk menambatkan hiburan yang tidak dapat dinikmati di negara mereka. Sebaliknya, hasil kajian dari perayauan internat, Bahrain didapati mempunyai keunikan dan sejarahnya tersendiri yang boleh dijadikan pengajaran.

Hanya berbekalkan sebuah beg galas (backpack), dengan sedikit pakaian ringan, saya ke Bahrian pada 14 Jun 2014 dengan penerbangan Saudi Airline dari Jeddah. Ketibaan di sana tidak menampakkan banyak perbezaan dari segi suhu dan semamangnya sudah agak panas di rantau ini sekitar 35 – 40 DegC.

Ketibaan yang disambut dengan khidmat kenderaan dari Gulf Gate Hotel memudahkan perjalanan dari lapangan terbang ke pusat bandar Manama. Namun perjalanan agak mudah dengan kenderaan yang dipandu jauh lebih berhemah jika dibandingkan dengan bandar Jeddah. Sudah lama rasanya aku tidak melihat kaum wanita memandu seperti di Malaysia kerana larangan untuk kaum wanita memandu masih berkuatkuasa di Arab Saudi. Kenderaan kelihatan lebih bersih dan baru di sini dan jenama Toyota tetap menjadi pilihan meraka.

Rata-rata perniagaan di sini dikendalikan oleh rakyat dari India dan Pakistan. Ramai juga peniaga dan pekerja hotel berasal dari Philippine.

Soalan pertama yang paling lazim adalah, ‘Are you Phlippino?’. Sama juga seperti di Jeddah. Mungkin sebab riak wajah orang Malaysia dan sekitarnya adalah sama bagi tanggapan orang tempatan di sini. Sebaliknya, bila bertemu saja dengan orang dari Phillipine, mereka terus berbahasa Tagalog sehingga terpaksa menjelaskan bahawa aku sebenarnya dari Malaysia.

Kenyataan yang terkandung dalam Trip Advisor Review agak tidak mengecewakan. Hotel yang mungkin bersamaan hotel kategori 3 bintang di Malaysia ini memang mempunyai staf yang agak mesra dan bertimbang rasa. Tapi budaya tips, tak jauh beza dengan Arab Saudi. Pemandu tadi datang semula dengan senyuman 'ada makna' bak kata P. Ramlee, sewaktu aku nak mendafarmasuk. Akhirnya, tetap aku penuhi harapannya sekadar yang dirasai berpadanan dengan khidmat yang diberikan.
 




Tuesday, June 10, 2014

Kenangan Razif & Ina - Jeddah

Everyone is hoping for a perfect ending. But we’ve learned the hard way, that some poems don’t rhyme, and some stories don’t have a clear beginning, middle and end. Life is about not knowing, having to change, taking the moment and making the best of it, without knowing what’s going to happen next. All The Best to Razif Halim, Azlina Samian & Family.

Farewell Razif Halim & Azlina Samian — with Faudziah Ramli and 9 others at Wakame Lounge.


Wednesday, June 4, 2014

Pantun Pengacara Majlis

Koleksi Pantun yang boleh digunapakai oleh Pengacara Majlis (Pelbagai)

Karangan dilerai disulam di taman
     Kembang selasih ditabur bersilang
Undangan dirai bersalam senyuman
     Berkembang kasih subur gemilang .......MO

Se ikat selasih disemat hiasan
     Hiasan bertatah secubit manisan
Terikat kasih bersama teman
     Teman bertuah mencuit kenangan

Jemu berdiri berangan pergi
     Penat berjalan guna kudrat
Ilmu dicari tak akan rugi
     Buat bekalan dunia akhirat