Sunday, September 21, 2014

FAKIR BERFIKIR UNTUK PARKIR

Hampir setiap kali mencari ruang tempat letak kerea di pusat membeli-belah atau hypermarket, bertemulah dengan mereka yang tidak peka dalam disiplin meletakkan kenderaan. Ruang parkir kereta sememangnya sudah disediakan, mencukupi keperluan pelawat dan pembeli. Namun, garisan petak parkir seolah-olah tidak memberi banyak makna kepada mereka di sini.

Kenderaan mereka yang bersaiz agak besar bekemungkinan menjadi punca kenapa sukarnya untuk mereka meletakkannya dengan baik di dalam petak yang disediakan. Adalah itu satu alasan untuk tidak perlu berusaha meletakkan kenderaan dengan baik? Ianya pasti tidak akan menyusahkan pengguna lain seandainya ada sedikit sifat atau elemen keprihatinan dan bertimbangrasa sesama pengguna lain. Sekurang-kurangnya ada sedikit inisiatif untuk cuba meletakkannya di tangah-tangah petak. Namun, ‘konsep siapa datang dulu, dialah yang punya’ telah dipraktikkan dengan sewenang-wenangnya.

Mereka jarang berusaha untuk mengubah kedudukan kenderaan, seandainya cubaan masuk kali pertama tidak berada di tengah-tengah petak. Sekurang-kurangnya kita akan memikirkan bagaimana tabiat seumpama ini boleh menyukarkan pengguna yang datang kemudian untuk keluar dan masuk dari kenderaan mereka. Walaupun sekiranya kita hanya mengubahkan kenderaan kepada kedudukan di tengah petak, dengan harapan agar pintu kenderaan lain tidak akan mencalarkan kenderaan kita bila dibuka nanti, juga akan membawa kepada manfaat bersama. Mungkin cara mereka berfikir agak berbeza; ‘Kau datang lewat, kau fikirlah sendiri’. Mungkin juga kerana mereka tidak ambil peduli dengan kerosakan atar sedikit kesan calar.

Pernah terlihat insiden di mana sebuah kereta yang datang di awal pagi, sewaktu kebanyakan petak letak kereta masih kosong, terus meletakkan kereta Hyundai Accent melintangi 2 petak kosong. Belum lagi dikisahkan bagaimana GMC Yukon dan Chevrolet Suburban mengambil 3 petak segali gus, tanpa sedikit rasa prihatin kepada pengguna lain. ‘Bujur lalu, melintang, ade aku kisah ?!’

Namun, satu kehebatan yang tiada tolok bandingannya di sini ialah jarang sekali kita dapat bertemu dengan tempat letak kereta yang mengenakan bayaran. Hampir keseluruhan Bandar Jeddah termasuk hotel, kecuali di lapangan terbang dan Balad, menyediakan tempat letak kereta secara percuma.

Koman-Songsang ke Common Sense?

Buang Sampah

Mudah untuk kita melihat sampah sarap bertaburan di jalanan. Tong sampah pula dengan mudah diletak dipinggir jalan sehingga mengganggu lalulintas. Namun, fungsinya masih tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Menjadi kebiasaan cebisan tisu dan sampah dicampak keluar melalui tingkap sewaktu kenderaan bergerak di jalanan. Juga sering dapat dilihat, sewaktu kenderaan di tempat letak kereta, penumpang atau pemandu akan mengumpul sampah dari dalam kereta, dengan selambanya membuang ke luar. Maka bertaburanlah sampah selepas kereta bergerak meninggal tempat berkenaan. 
Ada juga tisu dan bungkusan yang dibuang hanya di sebelah tong sampah yang disediakan. Tidak ketara langsung satu inisiatif untuk memasukkannya ke tempat yang telah disediakan secara khusus. Pernah juga ditanya kepada mereka, mengapa mereka bertindak begitu tanpa memikirkan yang ianya akan menjadi measalah kepada tukang sapu dan pemungut sampah. Jawapan yang pernah saya terima adalah, ‘They should be thankful because we are creating jobs for them.” Udah...ke situ pula pemikiran mereka.

Pernah aku melihat satu insiden unik tentang cara mereka membuah sampah tanpa sebarang rasa bersalah. Seorang sorang pemandu arab yang selepas meminum air mineral (botol kecil), meletakkan botol kosong di atas bumbung kereta sebelum beliau memasuki kenderaan. Dalam keadaan botol yang diletak berdiri tegak di atas bumbung kereta, beliau masuk, menghidupkan enjin dan terus bergerak. Dibiarkan saja botol berkenaan terjatuh ke bawah tanpa sedikit pun rasa bersalah dengan tindakannya itu. Mungkin bagi belliau, bukan salahku, botol itu yang terjun sendiri dari atas bumbung kereta. ………..Mungkin otak dalam botol kot.

Pemancing ‘memungut’ sampah.

Terserampak dengan beberapa orang pemacing ketika aku bersiar di sekitar Obhur Beach di kawasan North Jeddah. Asyik juga aku menyaksikan mereka memancing di tepi pantai. Teringat juga kenangan aku memancing di Kuala Kedah sewaktu usia remaja dulu.

Selepas hampir satu jam aku melihat mereka memancing, tibalah waktu mereka berkemas untuk pulang kerana matahari semakin tinggi di sebelah timur. Semua peralatan memancing dikemas, sampah-sarap serta bekas makanan dan umpan dikumpul bersama. Setelah semua beg siap digalas dan bersedia untuk bergerak pulang, terlihat satu aksi yang amat mengejutkan. Seorang daripada pemancing tadi, dengan tidak semena-mena, mencampakkan semua sampah yang dikumpulkan tadi terus ke dalam laut yang sedang berombak memukul pantai. Hasilnya, kita semua dapat mengagak dengan tepat sekali…. Sedangkan lebih kurang 20 meter dari tampat itu ada disediakan tong sampah (yang tidak digunakan pun).

Thursday, August 7, 2014

Kuda Tunggangan C70


'Kuda' tungganganku yang bnyk berjasa sewaktu mula belerja di SJ Perai pada lewat tahun 80an sehingga beranak 2. Sempat berulang alik di antara Alor Setar dan Perai utk bertugas shift. Selepas shift petang pun aku rempit dalam sekitar jam 1 pagi. Nak masuk shift malam juga aku pecut dari Alor Setar dalam sekitar jam 9 malam. Kenangan manis bersama Faudziah Ramli, Muhammad Ihsan, Atikah Mohammad, Aiman Mohammad dan Muhamad Suhaib.
 

 

Wednesday, August 6, 2014

BOIKOT Mende Korang !?

Boikot hanya melemahkan ekonomi Mc Donald Malaysia je?

Sat sat sat...nanti sat.. Baca sikit lagi....................
JUF logo  
Masih terdapat suara sinis yang merasakan boikot McD hanya melemahkan bisnes dan ekonomi McD Malaysia saja. Hanya menyusahkan pekerja2 McD yang mencari rezeki...betul ke?

Sepatutnya kita buka luas sedikit minda kita....Kita boikot bukan bertujuan sekadar nak melemahkan McD Malaysia. Ada hasrat yang jauh lebih besar iaitu membantu rakan kita di Gaza.. Tak yah cite panjanglah..skit2 dah, supaya senang dan cepat faham kepada yang nak faham..kalau tak nak faham, step aside, jangan kacau orang lain buat keje mulia ni.

McD Malaysia ke, mana2 McD seluruh dunia ke, tak terlepas daripada menyumbang kepada McD Corporation di USA. Yang menjadi isunya ialah McD USA adalah salah satu penyumbang utama kepada Jewish United Fund (JUF) yang secara langsung menaja Israel... Itu isuya !!!

Kalau boikot setakat yang kita buat ni, memang susah nk mengegarkan ekonomi McD. Samada kecil atau besar impak kepada mereka, itu masalah kedua. Yang lebih utama adalah usaha itu sendiri.

Isu yang perlu diketahui umum adalah kita perlu mendesak McD USA untuk MENGUBAH polisi mereka supaya tidak menjadi penyumbang kepada JUF. Maka desakan melalui boikot ini sudah pasti akan menjejaskan McD seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Namun, kita bukan menyaniayai mereka, kita cuma tidak membeli produk mereka. Jadi, janganlah bersekongkol dengan mereka yang merosakkan harta awam dan premis McD dalam usaha memboikot ini. Tidak patut sama sekali kita mengancam keselamatan mereka yang bekerja dengan McD. Itu bukan cara kita. Mereka yang menyusahkan orang awam dan masyarakat yang tidak berdosa, sama jugalah macam Israel.

Memang dah ada bukti, terdapat syarikat yang terpaksa mengubah polisi seumpama ini hasil daripada usaha boikot. Tapi kenalah diusahakan secara besar-besaran. Kalau kita tak nak, sepatutnya akan timbul rasa malu dalam diri kita dan rasa bersalah kepada dunia luar yang berusaha bersungguh-sungguh memboikot produk Israel yang lain. Seluruh dunia, tidak kira agama dan bangsa sedang mengusahakan boikot ini.

Nak boikot Starbucks, kita memang tak mampu minum pun. Nak boikot Estee Lauder, kita cuma pakai Safi dan Zaitun je. Nak boikot jenama ternama lain, memang kita tak pernah jadi pengguna pun. Walau apapun, sekecil mana usaha boitkot kita pasti ianya mendapat ganjaran dari Allah. Di sebaliknya, sekecil mana kelalaian kita dari menyertai boikot ini, kita telah menyumpang kepada kezaliman Zionist terhapat saudara kita di Gaza.

Wallahu'alam. ...........................

Thursday, July 24, 2014

M A S - Masih Ada Senyuman, Masih Ada Sayang, Masih Ada Sinar…

Coretan ketika menaiki pesawat MH151 dari Jeddah ke Kuala Lumpur

M A S - Masih Ada Senyuman, Masih Ada Sayang, Masih Ada Sinar…

Teruskanlah menghiasi wajahmu dengan senyuman yang selama ini telah mengharumkan nama Malaysia.

Perjalanan pulang untuk berhari raya dari Jeddah semestinya membawa keriangan di hati. Penerbangan MAS pula pasti menjadi pulihan sebahagian besar rakyat Malaysia. Perasaa...n untuk menaikan pesawat MAS tidak pernah terusik dengan isu keselamatan dan nasib para penumpang. Namun, kali ini ianya agak berbeza dari penerbangan sebelum ini.

Sewaktu tiba di kaunter daftar masuk, kelihatan ramai penumpang sama seperti perjalananku sejak 2 tahun berulang-alik di antara Jeddah dan Kuala Lumpur. Tidak kelihatan sedikit pun kerisauan untuk mereka terus memilih MAS. Persolan seperti ini pun tidak pernah terlintas di fikiranku sejak sekian lama memilih MAS sebagai penerbangan pilihan hati.

Sudah semestinya, 2 insiden terkini yang telah menimpa Malaysia membuatkan ianya menjadi sesuatu yang berlegar di mindaku. Maaf kerana aku tidak menamakannya sebagai insiden yang menimpa MAS.

Sebaik sahaja aku melangkah untuk menaikai pesawat, terlintas di hati untuk merenung sejenak badan dan ekor pesawat Boeing 777-200 yang bakal dinaiki. Sebaliknya, imej MH17 yang tiba-tiba bermain di fikiranku, tetapi bukanlah dalam bentuk seperti ini. Wajah kesedihan yang asyik menjadi paparan CNN yang sebenarnya mengusik mindaku buat seketika. Namun, hanya selepas beberapa langkah manaiki tangga pesawat, ianya terus hilang sebaik aku melihat wajah seorang pramugara yang menunggu di muka pintu MH151. Terus aku berbisik pada diri sendiri bahawa ini bukanlah MH 370 atau MH017.

Sememangnya imbasan itu berlaku begitu pantas. Sebenarnya tidaklah pula aku merasakan sebarang kebimbangan tentang tahap keselamatanku dan penumpang lain. Sebaliknya aku masih berbangga dengan MAS yang masih berjaya meneruskan usahanya untuk menjadi satu penerbangan pilihan. Khususnya, bagi perjalanan ke Malaysia dan negara sekitarnya yang memilih KLIA sebagai satu hub yang amat berkesan bagi rantau ASEAN.

Sedikit perkongsian yang mungkin sensitif kepada warga MAS sekiranya aku mencoretkan sedikit suasana perjalanan kali ini. Bukan untuk membuat komentar yang negatif, tetapi sekadar berkongsi kesedihan warga MAS yang tidak dapat diselindungi. Dari riak wajah mereka memang terbayang satu kesedihan. Tidak mampu untuk aku menidakkan apa yang dilihat sendiri. Senyuman mereka sememangnya tidak seperti sebelum ini.

Walau pun sebelum ini, ada kata-kata sinis yang menggelarkan senyuman pramugara dan pramugari MAS sebagai senyuman terpaksa atau senyuman tugas hakiki, tetapi ianya tidak menjadi sebarang kekurangan atau kepincangan kepada tugas dan layanan mereka. Mungkin sebab senyuman mereka lebih mirip kepada satu piawaian atau SOP. Aku tetap selesa dan sering tidak lupa untuk membalas senyuman mereka.

Tidak dinafikan, senyuman mereka memang berbeza pada kali ini. Aku perhatikan berulang kali untuk menjadikan ianya satu kepastian. Memang aku tidak jauh tersasar dari apa yang dijangkakan. Hasil daripada ucapan takziah yang diberikan oleh isteriku kepada salah seorang pramugara telah mengesahkan apa yang bermain di fikiranku sejak tadi.

Perbualan itu mengesahkan bagaimana mereka memang turut dan masih bersedih kerana mereka memang saling mengenali krew pesawat MH370 dan MH017. Mereka seumpama satu keluarga besar yang mengenali ahli keluarga masing-masing. Perbualan pendek itu juga tidak terlupa menceritakan kisah xxx Singh yang menukar saling tugasan dengan isteri beliau. Memang amat menyedihkan.

Terbayang bagaimana aku juga pernah kehilangan seorang rakan sekerja tetapi bukanlah dalam satu insiden yang tragis sebegini rupa. Malah tidak pula seramai ini dalam sekali gus sewaktu menjalankan tugas. Sememanglah benar apa yang dikatakan prumugara berkenaan, “Selama ini tak pernah rasa takut untuk keluar bertugas sebegini.”

Seandainya mereka merasa bimbang dan takut, apatah lagi perasaan ahli keluarga mereka yang ditinggalkan sewaktu keluar bertugas. Saya sendiri tidak pernah melalui perasaan seumpamanya, walaupun pernah merasa bimbang seandainya kita dipanggil kembali olehNYA sewaktu keluar bertugas. Besar sungguh ujian dariNya untuk warga MAS dan ahli keluarga mereka. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka semua dengan berkat doa dari seluruh rakyat Malaysia dan kemuniti sejagat.

Warga MAS sekalian, teruskanlah senyuman keihlasanmu itu. Kami tetap bersama merasai kesedihan yang kalian lalui. Senyumlah demi mengenangkan pengorbanan seluruh warga MAS yang telah sekian lama mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Izinkan kami turut bergkongsi kesedihan ini. Seandainya berat mata yang memandang, berat lagilah bahu yang terpaksa memikulnya. Namun, yang pasti, kami tetap bersamamu, MAS.

MAS – Masih Ada Senyuman, Masih Ada Sayang, Masih Ada Sinar

Malaysia Airliness
................

Sunday, July 20, 2014

Jeddah Signage

Nak eja ke nak ikut Iqra' je?

Sempat aku meninjau ke beberapa kedai dan butik di Roshan Mall, Corniche, Jeddah. Bila difikirkan, kalakar juga rasanya.

Jangan-jangan aku yang tak pandai mengeja atau separa buta huruf arab darrrr. Teringat episode Sekolah Umum Buta Huruf dalam filem Pendekar Bujang Lapok. (Be Wau Re Nge, Unta!... Oh, Burung!, ku fikirkan unta! ... Jin mata buta, Jin pakai tonchet dan sebagainya).

Cubalah kawan2 yang sempat, melihat beberapa gambar koleksi papantanda kedai dan butik di pasaraya di sini, mengeja dan menyebutnya dengan cara masing-masing.

Bila diamati, kadang-kadang boleh mengelirukan dan boleh juga menjadi bahan ketawa. Bukan bertujuan untuk membuat komen negatif atau mempersendakan mana-mana bahasa. Sekadar berkongsi pengalaman yang dilalui kami di sini. Apa-apa pun, perkongsian ini sekadar menceritakan suatu suasana yang berbeza.

    





 


Monday, July 7, 2014

Resepi Copy & Paste dari Masakan Oqang Kedah Page





Masakan Oqang Kedah

 KERABU BENDI

Bahan-bahan
15 biji bendi
2-3 biji cili padi- ikut tahap kepedasan masing2 ya - hiris halus
2 sudu besar ikan bilis- goreng dan tumbuk kasar...
1 sudu besar kerisik
1 btg serai- hiris halus
1 bj limau nipis/ 2 biji limau kasturi- amik jus dia
1 sudu kecil gula
1sb nampla -saya tambah
2 ulas bawang merah -saya tambah

Cara-cara:
didihkan air dan celur bendi sebentar. jangan lama sangat, nanti x sedap. nk dia rasa rangup2. lepas celur baru di kerat2 menyerong. jangan kerat sebelum celur, nnti dia jadi terlalu berlendir.
Gaulkan dgn semua bahan.
Siap utk dihidang bersama nasi

selamat mencuba
----------------------------------------------------------------------------------



Ayam masak cili kering & halia

Bahan A:
1 biji bawang besar - mayang halus dan nipis
1 biji tomato - potong dadu
3 inci Halia - (suka buh lebih kasi sedap) ...
1 biji cili merah - potong memanjang halus.
5 biji cili padi - potong kasar2
5 biji cili kering - potong kasar2

Bahan B:
1 ekor ayam - Amik tang isi dan tulang sikit dan potong kecik
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Kicap Manis (saya takda kicap manis jadi saya ganti dengan gula)
2 sudu besar Kicap pekat
Chinese leek (saya tambah)
Garam secukup rasa

Ayam ni saya dah potong kecik-kecik dan dibersihkan dengan air basuhan beras (petua untuk hilangkan hanyir ayam).
Goreng ayam tersebut setengah masak, jangan terlampau garing sebab kita nak kan jus ayam itu sendiri keluar dalam masakan nanti....
Setelah ayam digoreng setengah masak angkat dan ketepikan. Kurangkan minyak.

Tumis semua bahan A..

Kacau sehingga naik bau...jangan garing sgt ya Kemudian, masukkan kicap manis, kicap pekat dan sos tiram...tambah air masak satu cawan kecil ya untuk elak ia hangit...gaul sehingga mendidih. Masukkan ayam...kacau...guna api kecil ya ..kacau sehingga naik minyak dan pekat sikit. Sebelum angkat masukkan chinese leek. Kacau seketika. Tutup api.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Beriani Kambing

Bahan-bahan :-
1 kilo daging kambing
4 sudu makan rempah beriani
1 cawan santan pekat...
3 biji ubi kentang ( dipotong )2 biji tomato ( dipotong )3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar ( dipotong 4 )1 pokok daun ketumbar ( dipotong kasar )garam
5 biji bawang merah ( ditumbuk kasar )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk kasar )2 inci halia ( ditumbuk kasar )
1 inci kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
3 sudu makan minyak masak

Cara-cara memasak :-
1) daging dipotong kecil dan dibasuh. kemudian tus dan perapkan dengan rempah beriani.
2) panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kayu mans, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, dan daun kari sehingga wangi.
3) masukkan air dan daging, kacau rata sehingga pecah minyak.
4) masukkan daun ketumbar, kemudian masak sehingga daging lembut.
5) masukkan santan, garam dan kentang. masak sehingga lembut.
6) masukkan tomato, cili merah, cili hijau, bawang besar dan daun ketumbar. perasakan dengan garam.
7) apabila nampak layu, tutup api dan hidangkan.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kari Hijau Thai

BAHAN PES KARI HIJAU

1 batang serai, hiris halus
1 -3 biji cili padi siam, hiris halus (saya guna 10 biji cili padi dan 1 biji cili hijau)...
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 biji bawang putih, cincang
1 inci lengkuas atau halia
1/2 cawan daun ketumbar
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil 1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla)
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis
1 camca teh gula perang/merah
3 - 4 camca besar santan

BAHAN KARI HIJAU THAI

500 gram daging batang pinang/ayam
1 biji terung biru, didadu besar
2 1 biji tomato, belah 6
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi merah thai, diketuk
Pes kari hijau thai (resipi diatas)
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Jus limau nipis secukupnya
Sos ikan secukupnya Gula secukup rasa
Daun selasih secukupnya (anggaran 1 genggam)

CARA MEMBUATNYA UNTUK PES KARI HIJAU THAI :-

Satukan semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar halus hingga semua lumat.
Boleh digunakan terus atau disimpan dalam bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh 1 minggu.
Untuk lebih lama boleh dibekukan dalam freezer.

UNTUK KARI HIJAU THAI :-
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis pes kari hijau hingga harum, masukkan serai dan juga daging.
Gaul rata dan masak sekejap hingga daging kecut.
Tuang santan cair, kacau dan tambah daun limau purut, biar masak hingga daging 1/2 empuk.
Masukkan terung dan juga cili padi thai. Bila mendidih, tuang pati santan.
Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula.
Masak sekejap dengan api sederhana.
Kacau selalu.
Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau rata dan matikan api.
Rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...