Thursday, May 29, 2014

Naiknya Tarif Elektrik di Malaysia


Secara umumnya, masih ramai yang merasakan kononnya bisnes tenaga elektrik elektrik di Malaysia masih dimonopoli oleh TNB.  Adakah pandangan ini mengkhususkan kepada penjanaan, penghantaraan atau pun pengagihan tenaga elektrik? Seandainya dimonopoli, persoalan berikut perlu diketengahkan:

·         Adakah pihak TNB boleh dengan sendirinya membina loji janakuasa berpandukan kepada keperluan tenaga elektrik semasa?

·         Bolehkah TNB menambah atau mengurang kapasti pengeluarannya atau terdapat pihak lain yang mengawalselia sepenuhnya proses kelulusan dan perlesesan yang berkaitan?

·         Adakah TNB mempunyai hak untuk mengulangkaji, menentukan dan seterusnya menguatkuasakan tarif elektrik?

·         Sejauh mana mandat yang dimiliki oleh TNB dalam mengambil tindakan penguatkuasaan berhubung bisnes tenaga elektrik?

Pada hakikatnya, TNB kini masih lagi menjalankan operasi bisnesnya secara dikawalselia (regulated business) oleh pihak kerajaan melalui mandat dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia.  Dengan lain perkataan, TNB tidak mempunyai mandat untuk menentukan tarif elektrik yang.  Sebaliknya, ianya adalah ditentukan oleh pihak kerajaan sendiri.

Berdasarkan kepada perbelanjaan modal dan operasinya, TNB perlu memajukan cadangan kepada pengawalselia seandainya wujud sebarang keperluan bagi mengulangkaji tarif elektrik.  Langkah ini adalah bagi memastikan TNB berupaya mengekalkan bisnesnya dan mampu menjana modal untuk membangunkan loji baru dan infrastruktur yang berkaitan termasuk penyelenggaraan dan operasi, serta penggantian kepada loji dan perpasangan sediada.  Dalam masa yang sama, agar TNB mampu menjana hasil dan pulangan yang menguntungkan kepada pelabur dan pemegang saham. 

Pihak pengawalselia industri elektrik di Malaysia, khususnya Suruhanjaya Tenaga, telah memperkenalkan mekanisma Incentive Based Regulation (IBR) dengan hasrat untuk mengujudkan industri  pembekalan elektrik yang lebih mampan melalui sistem yang lebih telus dengan pulangan yang baik serta mampu menggalakkan kecekapan.  Perlaksanaan IBR bertujuan untuk memastikan TNB dikendalikan dengan cekap dan hanya mengenakan bayaran kepada pelanggan dengan tarif elektrik yang kompetitif.  

Pada hakikatnya, adalah tidak tepat untuk mengatakan kenaikan tarif disebabkan oleh kenaikan kos operasi TNB.  Kenaikan ini adalah hasil daripada mekanisma yang dinamakan Imbalance Cost Pass Through (ICPT atau Pelepasan Kos Ketidakseimbangan) yang diperkenalkan dalam sistem penetapan tarif elektrik di Malaysia.  Mekasnisma ini membenarkan TNB sebagai utility pembekalan elektrik, dengan kelulusan pihak pengawalselia, untuk mengulangkaji tarif berdasarkan kepada harga bahanapi yang berada di luar bidang kawalannya.  Kenaikan atau penurunan kos bahanapi yang terpaksa ditanggung oleh TNB, akan diterjemahkan kepada pelarasan tarif, samada naik atau pun turun.  Dengan lain perkataan, TNB akan menyerahkan tanggungan ke atas kenaikan atau penurunan kos bahanapi kepada pelanggan melalui pelarasan tarif (hanya pada komponen bahanapi sahaja).  Ini bermakna tarif juga akan diturunkan seandainya kos bahanapi menurun dan begitu jugalah sebaliknya.

Apa yang berlaku baru-baru ini adalah pihak kerajaan telah menarik balik sebahagian daripada subsidi bahanapi yang diberikan kepada TNB.  Ini bermakna harga bahanapi yang dijual kepada TNB telah meningkat, semakin menghampiri harga pasaran berbanding dengan harga yang dibayar oleh TNB sebelum ini.  Dalam kenaikan tarif pada bulan Januari yang lepas, hanya 18% sahaja daripada kenaikan itu digunakan bagi menampung perbelanjaan untuk pembekalan baru dan penambahbaikan system pengagihan yang mencecah sehingga RM4 billion setahun.  Manakala kos bagi pembaikan dan pembangunan sistem rangkaian penghantaran yang terpaksa ditanggung oleh TNB sehingga RM2.5 billion setahun.  Ini bermakna sebahagian besar daripada kenaikan tarif kali ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga gas dan arangbatu yang masing-masing menyumbang kepada kenaikan tarif pada kadar 78.6% dan 3.4%.  Akhirnya, hasil daripada kenaikan tarif tempoh hari, sebahagian besarnya, pergi kepada pembekal bahanapi, dan bukannya TNB.

Wednesday, May 28, 2014

Bilakah kita akan mula menulis?


Bilakah kita akan mula menulis?

Mungkin masih ada sisa ilmu di dada. Namun, apakah sudah menjadi manfaat seandainya ia hanya kekal di dalam dada sendiri. Apakah mampu ianya membawa berkat kepada diri sendiri dan memanfaatkan generasi ke...mudiannya.

Bagaimanakah ilmu yang dimiliki, walaupun sedikit, boleh diwarkahkan dengan olahan pena dan tinta? …….. (taip kat laptop je lah!!!)

Terfikir sejenak……mungkin ilham dari novelis Khairi Mohamad melaui novelnya KASYAF, mampu menjadi sumber inspirasi agar saya juga perlu mula MENULIS. Tapi, apa yang nak dituliskan dan siapa pula yang sudi untuk membacanya.

Note: Khairi menandatangani novelnya, KASYAF untuk Razif Halim



https://www.facebook.com/#!/mohammad.othman.129?hc_location=timeline

Sunday, May 25, 2014

Thomas Cup 2014

Aku Anak Malaysia. Berbangga dengan persembahan Pasukan Badminton Negara. Proud to be Malaysian. Jangan hanya nk bersorak di kala menang. Tp perlu juga terus menyokong di waktu kemenangan tidak memihak kepada KITA! Tahniah kepada semua.

 
https://www.facebook.com/#!/mohammad.othman.129?hc_location=timeline

Friday, May 9, 2014

Medinah May 2014

Medinah May 2014

 
Jumaat dan Sabtu 9 - 10 Mei 2014, Medinah Al-Munawwarah. Suatu ketenangan yang sukar untuk digambarkan. Mungkin dapat difahami oleh mereka yang pernah berkunjung ke sini berserta ziarah ke makam Rasulullah SAW. Mungkin juga menjadi kerinduan kepada mereka yang pernah merasakannya.
Paparan ini juga berhasrat menjadikan ianya satu sumber inspirasi kepada mereka yang belum pernah ke sini untuk berusaha menziarahi tanah haram yang menyimpuan seribu rahsia sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW.
Namun, sebagai seorang muslim, seandainya gambar ini tidak langsung membuat terdetik di hati untuk ke sini, maka perlulah kita menilai semula fenomina yang tidak kita ketahui apakah puncanya. Sebaliknya jutaan insan yang tidak mampu dari segi kewangan, masa, tenaga dsbnya, sedang gigih berusaha untuk menjadi tetamu Allah di sini. Malah ramai di antara umat Islam yang jika di lihat secara zahirnya, hanya manusia yang berbekalkan kemampuan dan kewangan yang amat terhad, berjaya sampai ke tanah suci ini...renung-renungkan lah...





Posting terdahulu. Selepas keluar dari Raudhah pada waktu Subuh 10 Mei 2014...
........... "Ya Allah. Bersyukur kerana merestui kehadiran diriku di dalam Taman SyurgaMu, Rawdhah ini. Walaupun hanya seketika utk merasai ketenangan anugerahMu Yang Maha Pemurah.
Iklaskanlah setiap titisan air mata ini sewaktu mengenangkan kebesaranMu Ya Allah.
Tiada penjelasan mengapa air mata mengalir membasahi pipi tanpa ku sedari sewaktu mensedekahkan Surah Al Fatihah kepada kedua ibubapaku melainkan satu kerinduan yg amat terasa di lubuk sanubari. Sebenarnya di sebalik hati yg keras ini, tetap tersemat rasa syukur dan terima kepada kedua ibubapaku yg telah melahirkan dan membesarkanku. Namun tidak banyak yg sempat aku lakukan bagi membalas segala kebaikan dan jasa mereka. Hanya Engkau yg Maha Mengetahui segala yg tersirat di hati ini. Cucurilah rahmatMu ke atas kedua ibubapaku. Semoga mereka tenang dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmatMu sehingga aman keduanya ke syurgaMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal 'Alamim. ........

Dari Posting di bawah :
.........."Memang betul Mahmood AB dan A Munir Othman, kami berasa amat bertuah dan memang ingin berkongsi pengalaman ini...semoga kehadiran tuan puan di kemudian hari, hasil kerinduan ini, akan tercatat juga kepada kami sebaga satu amal kebajikan..Namun, kepada yang belum direzekikanNya untuk ke sini, jangan pula sampai terasa hati dengan paparan ini..jadikanlah ianya sebagai sumber inspirasi dan motivasi seumpama kita melihat dokumentari yang lain...Wallah 'Alam. "

..........."Ada doa khusus kerana diminta oleh saudara dan rakan. Ada salam yg disampaikan pd Rasulullah Khusus kerana dikirim. Namun, bila doa disebut rakan2, saudara2, kenalanku, sudah pasti menjadi satu kepuasan dan besar ertinya kpd sesuatu persahabatan dan persaudaraan. Lebih2 lg bila ada sudi meng'amin'kannya. Alhamdulillah. " ............

Ditujukan kepada anak-anakku: Muhammad Ihsan, Atikah Mohammad, Aiman Mohammad, Muhamad Suhaib, Nurul Najwa Razali, Hajar Atikah ...

Link: Album FB

Saturday, April 12, 2014

Family Financial Management Workshop oleh One Asia Advisors

12 April 2014


Seramai 18 orang ahli keluarga menghadiri Family Financial Mangement Workshop di IOI Palm Garden Resort Putrajaya. Sesi dikendalikan oleh Sharmi Shamsudin dan Fauziah Abu Bakar dari The One Asia Advisors.

Sesi yagn berlangsung selama 3 jam ini menggabungkan sesi ilmu mengenai Kaedah Penabungan, Unit Amanah, Takaful dan Skim Persaraan Swasta.



Wednesday, March 26, 2014

Majlis Merisik Bertukar Pertunangan Aiman dan Hajar Atikah

26 March 2014.

Majlis ringkas di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan telah bertukar daripada Majlis Merisik kepada Majlis Pertunangan di antara Muhammad Aiman dan Hajar Atikah binti Abdul Rais.
Pihak keluarga akan mengumumkan tarikh Majlis Akad Nikah dan Perkahwinan dalam masa terdekat.