Monday, June 16, 2014

Manama, Bahrain 14-16 June 2014

Backpack ke Bahrain - Terpaksa keluar dengan tiket penerbangan termurah kerana tempoh sahlaku visa ke KSA telah tamat.

Semakin hari semakin ketat kawalan kemasukan ke Arab Saudi oleh pihak Immigration mereka. Pememang Business Visit Visa dibernarkan oleh melanjutkan tempoh berada di negara ini hanya sekali sahaja. Ini bermakna hanya maksimum 60 hari tempoh untuk berada di Arab Saudi bagi sesuatu kemasukan. Namun, telah diberitakan bahawa tempah lanjutan tidak akan lagi diberi selepas ini.

Fenomena inilah yang akan memberikan sedikit impak tugasan dan kewangan bagi mereka yang masih memasuki dan bertugas di Arab Saudi dengan Business Visit Visa, termasuklah ahli keluarga yang menemani pemegang visa masing-masing.

Setelah mempertimbang untuk keluar ke beberapa negara berhampiran di rantau ini seperti, Emirate Arab Bersatu, Kuwait, Oman, Yaman dan sebagainya, akhirnya penerbangan ke Bahrain menjadi pilihan kerana hanya mengenakan lebih sedikit daripada SAR1000 untuk tiket penerbangan pergi dan balik dari Jeddah.

Sesekali timbul juga kerisauan untuk ke Bahrian memandangkan wujudnya satu tanggapan kurang enak bahawa kaum lelaki dari Arab Saudi, yang kononnya ke Bahrain hanya untuk menambatkan hiburan yang tidak dapat dinikmati di negara mereka. Sebaliknya, hasil kajian dari perayauan internat, Bahrain didapati mempunyai keunikan dan sejarahnya tersendiri yang boleh dijadikan pengajaran.

Hanya berbekalkan sebuah beg galas (backpack), dengan sedikit pakaian ringan, saya ke Bahrian pada 14 Jun 2014 dengan penerbangan Saudi Airline dari Jeddah. Ketibaan di sana tidak menampakkan banyak perbezaan dari segi suhu dan semamangnya sudah agak panas di rantau ini sekitar 35 – 40 DegC.

Ketibaan yang disambut dengan khidmat kenderaan dari Gulf Gate Hotel memudahkan perjalanan dari lapangan terbang ke pusat bandar Manama. Namun perjalanan agak mudah dengan kenderaan yang dipandu jauh lebih berhemah jika dibandingkan dengan bandar Jeddah. Sudah lama rasanya aku tidak melihat kaum wanita memandu seperti di Malaysia kerana larangan untuk kaum wanita memandu masih berkuatkuasa di Arab Saudi. Kenderaan kelihatan lebih bersih dan baru di sini dan jenama Toyota tetap menjadi pilihan meraka.

Rata-rata perniagaan di sini dikendalikan oleh rakyat dari India dan Pakistan. Ramai juga peniaga dan pekerja hotel berasal dari Philippine.

Soalan pertama yang paling lazim adalah, ‘Are you Phlippino?’. Sama juga seperti di Jeddah. Mungkin sebab riak wajah orang Malaysia dan sekitarnya adalah sama bagi tanggapan orang tempatan di sini. Sebaliknya, bila bertemu saja dengan orang dari Phillipine, mereka terus berbahasa Tagalog sehingga terpaksa menjelaskan bahawa aku sebenarnya dari Malaysia.

Kenyataan yang terkandung dalam Trip Advisor Review agak tidak mengecewakan. Hotel yang mungkin bersamaan hotel kategori 3 bintang di Malaysia ini memang mempunyai staf yang agak mesra dan bertimbang rasa. Tapi budaya tips, tak jauh beza dengan Arab Saudi. Pemandu tadi datang semula dengan senyuman 'ada makna' bak kata P. Ramlee, sewaktu aku nak mendafarmasuk. Akhirnya, tetap aku penuhi harapannya sekadar yang dirasai berpadanan dengan khidmat yang diberikan.
 




No comments:

Post a Comment