20 Julai 2012 - Ziarah ke pusara Hjh Mah Binti Mad Saman, ibu kepada Hjh Jah Ismail di Tanah Perkuburan Alor Setul, Langgar, Kedah. Diketuai oleh Saad Othman dan Azmi serta sebahagian ahli keluarga.Laluan kecil ke arah tanah perkuburan melalui sebuah jambatan kecil agak sukar dimasuki kereta. Kami memilih untuk berjalan kaki beramai-ramai.
Batu nisan pusara tercatat nama Mah Binti Mad Saman yang meninggal pada 24/7/1976
Doa dibaca serta Fatihah disedekahkan kepada Allahyarhamah
Sempat juga saya mencuci sedikit persekitaran kubur yang ditumbuhi rumput
No comments:
Post a Comment