Pusara yang Hj Ismail Abd Rahman (Basal Bin Badas) yang tidak diziarahi oleh anak cucu allahyarham cuba dikesan untuk dipulihkan semula telah diusahakan oleh Saad, Azmi dan Mohammad serta keluarga.
Tiada seorang pun dapat memastikan lokasi pusara Hj Ismail. Hanya berdasarkan anggaran oleh En Azmi (Abg Man).
Keadaan tapak perkuburan dan nisan yg ditenggelami air di hari hujan.
Usaha diteruskan untuk mengenalpasti tapak lokasi dengan menggali batu nisan yang hampir tertimbus.
Namun, batu nisan yang digali sendirian orang Mohammad pada 21 Ogos 2012 dan dibawa balik dan dicuci di Teluk Kechai sukar dikenalpasti nama dan tarikh kematian.
Keadaan Batu Nisan sebelum dicuci yg tidak dapat dikenalpasti lokasinya, nama si mati, mahupun tarikh kematian kerana keadaannya yang begitu lusuh tanpa sebarang penjagaan sejak dipasang.
Dengan bantuan pembuat batu nisan, En Ahmad membuat anggaran bahawa batu nisan ini berusia diantara 20 - 30 tahun berdasarkan jenis batu, iaitu Batu Bukit Mertajam yang dipahat tangan. Ianya dijangka dibuat oleh tukang nisan berbangsa China.

Sebagai langkah sementara, susunan bata dibuat dengan memasang semula nisan yang lama sebagai tanda.
.