Wednesday, September 14, 2011

Nur Inas Afifah Adik Along & Angah

Jumaat 9 Septermber 2011, lahirnya seorang lagi insan ke dalam keluarga kami.  Zakaria dan Salmiza dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan seberat 2.4 kg di Hospital Putrajaya melalui pembedahan.  Kelahiran yang 2 minggu lebih awal daripada yang dijangkakan agak mengejutkan. 

Namun, kelahiran bayi perempuan pertama kepada Z & Miza, selapas Muhammad Irfan Alif dan Muhammad Iqbal Aqil, masing-masing berumur 5 dan 2 tahun, mengembirakan semua.  Atikah yang selama ini keseorangan sebagai cucu perempuan tunggal kepada Hj Ramli & Hjh Zainab merupakan insan yang paling gembira dalam keluarga kami.

Nur Inas Afifah bayi yang dilahirkan sihat, menjadi perbicangan hangat samanda beliau adalah lebih cerah kulitnya daripada Iqbal atau lebih gelap daripada Irfan...???  Masih terlalu awal untuk diperkatakan sebab warna kulit bayi yang kemerahan belum dapat dipastikan tentang kecerah kulitnya.  Ini adalah kerana, abangnya, Iqbal memiliki kulit yang amat cerah bagi seorang kanak-kanak lelaki. Manakala, Irfan adalah berkulit sederhana...anak Ateh lah katakan!
 

Ni baru kerenah 2 orang, belum
campur Nur Inas yang bernas lagi!
 Nanti bila Nur Inas dah mula merangkak, barulah Pak Ya nak mengejar mcm striker kejar bola. 

No comments:

Post a Comment