Sebelum melangkah jauh kepada menceritakan pengalaman dan pengajaran yang diperolehi daripada lawatan kali ini, ingin saya memberikan sedikit panduan kepada mereka yang berhasrat untuk melawat Istanbul dan Cappadocia.
Panduan Lawatan:
Kawasan yang paling mudah melawat kesan sejarah yang ditempatkan di Muzium di Istanbul ialah di kawasan Sultan Ahmet Square. Memang terdapat banyak pakej percutian untuk ke Istanbul termasuklah pakej yang menggabungkan dengan ziarah dan Umrah.
Kepada individu yang berhasrat untuk berjimat dari segi perbelanjaan juga boleh membuat lawatan secara sendiri. Terdapat banyak panduan di internet dan tidak begitu sukar kerana Bandar Istanbul sememangnya sebuah bandar yang mesra pelancong.
Sultan Ahmet Square
Lokasi: Trem T1 di hentian Sultan Ahmet berhadapan Hagia Sophia
Terdapat banyak tempat lawatan di sekitar kawasan ini. Di antarnya adalah:
- Masjid Sultan Ahmad (Blue Mosque/Sultan Ahmet Macii) yang menjadi mercu tanda Istanbul, dibina mulai tahun 1609 dengan 6 menara. Dipenuhi jubin buatan tangan yang secara amnya berwarna biru yang membuatkan seluruh suasana dalam masjid berwarna kebiruan terutamanya di waktu matahari bersinar terang dari luar. Gabungan dua senibina Byzantine dan 'Uthmaniyyah oleh Sedefhar Mehmet Ağa, murid kepada arkitek terkenal Mimar Sinan.
- Ayasofya Müzesi (Hagia Sophia) adalah sebuah gereja sejak pembinaannya pada tahun 537M. Berfungsi sebagai sebuah masjid dari 1453 - 1932, hasil usaha Sultan Mehmed II sebaik sahaja Kota Constantinople jatuh, sehingga ditukarkan kepada sebuah muzium pada tahun 1935. Dalamannya masih terdapat lukisan senibina Kristian dan seni khat Islam pada masa yang sama.
- Sultanahmet Meydani / Sultan Ahme Square (Hyppodrome of Constatinople) - Pusat sukan dan lapangan pertemuan Constantinople (City of Constantine), ibu negara Empayar Byzantine sejak awal kurun ke-3.
- Muzium Topkapi (Topkapı Sarayi) - Istana Sultan Uthmaniyyah yang juga merupakan pusat pentadbiran dan pemerintahan serta pendidikan Kerajaan Uthmaniyyah, dibina pada 1460 - 1478 oleh Sultan Ahmed II berhadapan Laut Marmara, Bosphoros dan Golden Horn. Kini merupakan sebuah muzium sejak ditukarkan oleh Mustafa Kemal Atatürk pada tahun 1924. Di sinilah tempat simpanan sebahagian besar daripada khazanah dan artifaks keIslaman sejak zaman Rasulullah SAW dan para sahabat disimpan.
Lokasi: Tram T1 - Hentian Beyazıt-Kapalıçarşı. Boleh berjalan kaki dari SultaAhmet Square.
- Bazar berbumbung tertua di dunia yang memuatkan sehingga 4000 gerai, menjual perlabagai barangan, dibina pada tahun 1456. Bangunan asal diperbuat daripada kayu dan dibina semula dengan batu bata selepas beberapa gempa bumi dan kebakaran pada kurun ke 18.
- Dikendalikan hampir keseluruhannya oleh warga Turki mencecah sehingga 26,000 pekerja bagi menyambut pembeli/tetamu di antara 250,000 hingga 400,000 sehari.
- Tawar menawar menjadi kemestian bagi mendapatkan barangan dengan harga yang berpatutan.
Taksim Square
Lokasi : Tram T1: Hentian: Kabatas. Kemudian mengambil Metro ke stesen Taksim.
Lokasi : Tram T1: Hentian: Kabatas. Kemudian mengambil Metro ke stesen Taksim.
Makam Sultan Hamid dan Sultan Mustafa
Lokasi : Hentian Eminonu dengan Tram T1. Masuk percuma.
Berdekatan Egyptian Spice Market. Makam bersama anak2 sultan berdua. Juga disimpan bersama adalah kesan tapak kaki Rasulullah saw yang dibawa dari ....
Lokasi : Hentian Eminonu dengan Tram T1. Masuk percuma.
Berdekatan Egyptian Spice Market. Makam bersama anak2 sultan berdua. Juga disimpan bersama adalah kesan tapak kaki Rasulullah saw yang dibawa dari ....
-----------------------under construction ----not for reading ------------------------
Lawatan
Makam Sultan Hamid dan Sultan Mustafa di Eminonu berdekatan Egyptian Spice Market. Makam bersama anak2 sultan berdua. Juga disimpan bersama adalah kesan tapak kaki Rasulullah saw yang dibawa dari ….
Boleh menaiki Trem T1 dari Sultan Ehmet menuju ke Kabatas dan berhenti di stesen Eminonu.
Lawatan ke Makam Saidina Abu Ayub Al Ansari. Makam bersebelahan masjid yang dibina oleh Sultan Muhammad Fatih selepas penaklukan Kota Constantinople.
Kata2 “Kebumikan aku berdekatan dengan Tembok Constantinople, supaya aku dapat mendengar tapak kuda kepada manusia yang berjaya menakluk kota berkenaan’. Kegagalan Abu Ayub telah membuakan beliau dikebumikan berdekatan tembok tetapi di ubah oleh Raja Byzantine kerana tidak mahu dilawati oleh orang Islam. Sultan Muhd Fatih bersama tenteranya yang bertemu semula dengan makan berkenaan. Kisah bagaimana tentera Fatih menjumpai mayat dan mencium kaki Abu Ayyub, tetapi sewaktu Sultan Muhd faith hendak menciumnya, kaki mayat berkenaan di tarik. Sultan Fatih bertanya gurunya, kenapa, dan gurunya memberitahu bahawa, mayat Abu Ayyub berasa malu kepada manusia yang bakal menawan Kota Constantinople.
Lawatan ke Muzium Kententeraan (Military Meseum) Simpanan senjata Ketenteraan Turki. Kisah peperangan sejak zaman Han, dan peperangan 1453 yang dipimpin oleh Sultan Mohd Fatih. JUga bagaimana beliau melepasi rantai yang melintangi Golden Horn dengan menarik 70 buah kapal melalui darat melepasi Menara Galata dan Berjaya menembusi Tembok Kota Constatinople dan mengalahkan Raja Bizantyne.
Lawatan Panaroma 1453.
Meseum yang dibina khas bagi membantu golongan muda memahami perjuangan kerajaan Uthmaniyyyah dan peperangan 1453 oleh Sultan Muhammad Fatih.
Kisah jelas bagaimana kota Constantinople Berjaya ditembusi Sultan dan bala tenterangaya seramai 250,000 dengan 80 kapal perang. Meriam digunakan dengan bantuan binaannya oleh seorang banduan kerajaan Rome.
Kota yang dirobohkan berdekatan Edinerkapi ( yang masih ada sehingga sekarang) Berjaya dipacak bendera Kerajaan Utmaiyyah oleh sahabat karib Sultan Muhammad Fatih iaitu Hassan. Kata-2 sultan Fatih,, ‘Seandainya aku bukan Sultan, maka aku lah yang akan memacak bendera berkenaan’
12 orang tentera elit Sultan Mohd Fatih adalah kidal dan mampu berpedang menggunakan tangan kiri dan tombak di ta
No comments:
Post a Comment