Hampir setiap kali mencari ruang tempat letak kerea di pusat membeli-belah atau hypermarket, bertemulah dengan mereka yang tidak peka dalam disiplin meletakkan kenderaan. Ruang parkir kereta sememangnya sudah disediakan, mencukupi keperluan pelawat dan pembeli. Namun, garisan petak parkir seolah-olah tidak memberi banyak makna kepada mereka di sini.
Kenderaan mereka yang bersaiz agak besar bekemungkinan menjadi punca kenapa sukarnya untuk mereka meletakkannya dengan baik di dalam petak yang disediakan. Adalah itu satu alasan untuk tidak perlu berusaha meletakkan kenderaan dengan baik? Ianya pasti tidak akan menyusahkan pengguna lain seandainya ada sedikit sifat atau elemen keprihatinan dan bertimbangrasa sesama pengguna lain. Sekurang-kurangnya ada sedikit inisiatif untuk cuba meletakkannya di tangah-tangah petak. Namun, ‘konsep siapa datang dulu, dialah yang punya’ telah dipraktikkan dengan sewenang-wenangnya.
Mereka jarang berusaha untuk mengubah kedudukan kenderaan, seandainya cubaan masuk kali pertama tidak berada di tengah-tengah petak. Sekurang-kurangnya kita akan memikirkan bagaimana tabiat seumpama ini boleh menyukarkan pengguna yang datang kemudian untuk keluar dan masuk dari kenderaan mereka. Walaupun sekiranya kita hanya mengubahkan kenderaan kepada kedudukan di tengah petak, dengan harapan agar pintu kenderaan lain tidak akan mencalarkan kenderaan kita bila dibuka nanti, juga akan membawa kepada manfaat bersama. Mungkin cara mereka berfikir agak berbeza; ‘Kau datang lewat, kau fikirlah sendiri’. Mungkin juga kerana mereka tidak ambil peduli dengan kerosakan atar sedikit kesan calar.
Pernah terlihat insiden di mana sebuah kereta yang datang di awal pagi, sewaktu kebanyakan petak letak kereta masih kosong, terus meletakkan kereta Hyundai Accent melintangi 2 petak kosong. Belum lagi dikisahkan bagaimana GMC Yukon dan Chevrolet Suburban mengambil 3 petak segali gus, tanpa sedikit rasa prihatin kepada pengguna lain. ‘Bujur lalu, melintang, ade aku kisah ?!’
Namun, satu kehebatan yang tiada tolok bandingannya di sini ialah jarang sekali kita dapat bertemu dengan tempat letak kereta yang mengenakan bayaran. Hampir keseluruhan Bandar Jeddah termasuk hotel, kecuali di lapangan terbang dan Balad, menyediakan tempat letak kereta secara percuma.
No comments:
Post a Comment