Percutian bermula pada 9/9/11. Kami berempat (Saya, Faudziah, Aiman & Suhaib) memulakan perjalanan dari KL pada 8/9 (Khamis Jam 7 mlm). Bermalam di Teluk Kechai dan menaiki Feri pada pagi 9/9 jam 10:45 pg.
Sewa Kereta di Kuah - Nissan Serena |
Di Awana Porto Malai, sekadar melawat di sekitar marina dan hotel.
Berehat seketika di Pantai Cenang sambil menikmati keindahan pantai dengan pasir yang putih bersih.
Adik Abang Just Landed! Air Asia from KL to Langkawi |
Manakala Ihsan &Atikah yang terpaksa bekerja pada hari Jumaat menaiki pesawat Air Asia dari LCCT ke Langkawi, tiba pada jam 10:30 mlm. Tapi takpe, kedua-duanya dah bekerje, boleh beli tiket sendiri... Thanks to KEV & ASTRO...
'Letih' menunggu di Airport |
Tunggu punya tunggu, entah bila pulak mereka tertidur. Tapi nampak mcm tersenyum je! Bukan boleh percaya sangat ni! Ni mesti Aiman punya idea! ......
Kompleks Lada |
Besiar-siar di kompleks beli belah sememangnya tidak menjadi pilihan kami ketika bercuti begini. Tapi apakan daya, cuaca hujan dan angin kencang yang melanda Langkawi sejak semalam tidak mengizinkan kami untuk ber'water sport' seperti yang dirancangkan. Para-sailing dan Jet-ski yang menjadi idaman semua, tidak kesampaian untuk dijadikan pengisisan percutian kali ini.
Rest & Go! RM1 for 3 minutes |
Kononnya, nak berurut dengan kerusi GinTell kerana sakit dan lenguh badan..... RM1 untuk 3 minits....takpelah! Try je lah...urut tak seberapa, tapi keriangan dan keceriaan yang menjadikan ianya berbaloi mencuba aktiviti sebegini bersama keluarga setiap kali ber'outing'.. Pelaburan yang berbaloi untuk RM 6
Restoran Hj Ramli |
Restoran Haj Ramli menjadi pilihan kerana mungkin tak banyak pilihan yang lain di Pantai Cenang. Hari hujan yang agak lebat, menyukarkan kami untuk membuat pilihan. Malangnya, makanan di Restoran ini tidak menepati cita rasa kami sekeluarga. Mungkin juga disebabkan terlalu ramai pelanggan, makan tidak seperti yang diharapkan. Layanan juga agak mengecewakan
ooohhh.....lega! |
Pusat Kraf Tangan |
Anak Dara Abah |
Telaga Air Hangat |
Anak Mama |
Nasi Ayam Hj Pak Ya - Mana Suhaib, jadi cameraman atau pergi cari nasi tambah |
Menu nasi ayam Hj. Pak Ya memang lazat. Rasanya yang unik dengan kicap istimewa memang mampu mengalahkan menu Nasi ayam ternama yang lain di pasaran. Geng lelaki semuanya order nasi + ayam lebih...tapi Suhaib, Ayam Lebih + Nasi Tambah...dah bersamaan 2 pinggan FULL! Tapi licin!
Cappuccino & Mocha Time di komplek Lada Langkawi |
Sempat berhehat seketika di sebuah Cafe di Lada Complex menghilangkan haus dan lutut yang dah lenguh.... Ice Blended Mocha & Hot Cappuccino menjadi pilihan.
Besedia untuk memesan makan malam di Wan Thai Restaurant, Jalan Kelibang, Kuah, Langkawi. Kira-kira 4 tahun yang lepas, pernah kami menjamu selera di sini. Masih teringat akan keenakan juadah di sini. Maka kali ini, percutian bersama semua ahli keluarga (6 orang), kami memilih restoran ini sebagai Majlis Makan Malam besama.
The Best Food @ Restoran Wan Thai |
The best food in town. Setakat ini, inilah makanan dan hidangan paling lazat yang kami temui untuk percutian ini. Walaupun dengan harga yang agak 'tidak begitu murah', namun kualiti makannan dan minumannya memang boleh dipuji.
Satu menu istimewa yang mendapat pujian dari semua ahli keluarga kami adalah Pulut Mangga...Wow! Lazat dan berkrim!
Nak cuba?... 04-9661214 atau yingmauy@hotmail.com di 80-82, Langkawi Mall, Dundung, Jalan Kelibang,
07000 Kuah, Langkawi.
Jauhnya merenung Menu! |
Menu pilihan: Tom Yam Kung Seafood, Ayam Pandan, Kailan Ikan Masin, Kerabu Mangga & Udang Asam... tapi kalau bawa cermin mata rabun dekat..lagi banyaklah yang dipesan malam tu...
Menu pilihan: Tom Yam Kung Seafood, Ayam Pandan, Kailan Ikan Masin, Kerabu Mangga & Udang Asam... tapi kalau bawa cermin mata rabun dekat..lagi banyaklah yang dipesan malam tu...
Ketua Rombongan & Pemandu Mencatat Perjalanan |
Kraf Tangan ...... tangan siapa? |
The Simple Moving - SEGWAY
Lain-lain tempat yg dilawati:
. Underwater World . Cable Car . Kota Mahsuri . Kraf Tangan . SJ Teluk Ewa . Tanjung Rhu . Fazi Crystal . Shopping di Pandak Mayah (Saga, Ismail Group) Idaman Suri, Komplek Lada, Jetty Point.
Makan di Jom Ikan Bakar Pdg Mat Sirat, Wan Thai, Nasi Ayam Hj Pak Ya, Restoran Hj Ramli Pantai Cenang, Tomato Nasi Kandar, Sajian Murni.
No comments:
Post a Comment