Serba Herba Carca Marba
"Jangan takut encik, ini adalah persediaan herba dan tiada kesan sampingan!"
Amboi, mudahnya kesimpulan yang diambil. Adalkan ianya herba, maka ianya tiada mudharat dan tiada kesan sampingan? Berhati-hati.
Herba yang mempunyai nilai perubatan memang banyak terdapat di pasaran dan sudah hebat dikomersilkan. Saya bukan orang yang ahli di dalam selok belok perubatan herba tradisional ni. Namun saya rasa teringin nak mengingatkan masyarakat kita yang terlalu mengambil ringan dalam isu mengambil ubatan tradisional secara meluas.
Tidak dinafikan bahawa masyarakat di Malaysia memang telah lama mengamalkan pengambilan ubat-ubatan tradisional dengan nama jolokan ubat 'akar kayu'. Samada herba tumbuhan daripada akar, batang, pucuk, buah, kulit atau bunga memang telah lama diamalkan penggunaannya. Namun, kita tidak sepatutnya lupa kepada proses dan tatacara penyediaan dan pengembilannya yang telah dicuba berkali-kali sejak turun temurun. Sudah ratusan tahun ianya dicuba dan kesimpulannya dirumuskan sebagai 'petua'. Setiap herba yang digunakan oleh nenek moyang kita, sentiasa besertakan dengan petua dos pengambilan dan penyediaannya. Malah kaedah untuk memetiknya sekali pun ada dipesan kepada kita. Ada yang mudah difahami dengan lojik akal, dan tidak kurang pula yang agak susah untuk dirumuskan rasional disebaliknya.
Sebagai contoh, di antara yang hebat dikomersilkan adalah 'tongkat ali'. Bukan hasrat saya untuk membuat panduan penggunaannya, tetapi sekadar untuk berkongsi pengalaman yang pernah disampaikan oleh arwah bapa saya yang memang gemar dan menjadi pengamal perubatan tradisional. Diberitakan bahawa kaedah untuk mengambil akar tongkat ali sekali pun, ada petua dan pantang larangnya. Tidak boleh diambil sesuka hati demi menjaga keaslian dan khasiatnya. Maaf, seandainya saya menggunakan 'pantang larang' di sini. Ianya hanya membawa maksud, tatacara yang perlu dipatuhi dan tidak boleh dipandang remeh.
Seandainya petua mengajarkan kita untuk merebus sesuatu herba itu, dari 3 bahagian air sehingga menjadi 1 bahagian, kemudian diminum 3 kali, selama 3 hari. Bermakna itulah tatacara membuatnya yang bertujuan untuk memastikan kepekatannya dan dos yang diambil adalah terkawal. Kepekatannya akan berbeza dan dosnya boleh memudaratkan atau tidak memberi kesan seandainya petua berkenaan tidak diikuti. Kalau hanya berbekalkan kreativiti atau untuk mencari jalan pintas, maka terus kita kisarkan herba berkaan menjadi serbuk dan ditelan begitu sahaja, apakah mungkin badan dan buah pinggang kita mampu menerimanya.
Ada di antara herba yang disarankan untuk direbus, dan ada juga yang perlu dibakar. Terdapat perbezaan kaedah penyediaan samada ianya boleh direbus/dimasak terus dalam keadaan segar atau dikeringkan dahulu sebelum diproses. Semua ini adalah di antara petua penyediaan yang telah dipesan sejak turun termurun demi memastikan khasiat perubatannya dapat dimanfaatkan. Tentu ada sebabnya mengapa daun maman, disarankan untuk dilayukan dahulu sebelum dibuatkan jeruk.. Aduyai! Terliur plak...
Sebaliknya, disebabkan keghairahan untuk mendapat keuntungan yang besar dan pantas, banyak di antara petua-petua ini telah diambilmudah dan diabaikan sewaktu pemprosesannya. Akhirnya, kita sebagai pengguna, mengambilnya tanpa sebarang usul periksa dan mungkin terpaksa menanggung risiko yang mungkin boleh membawa kemudharatan yang tidak diingini. Hanya berbekalkan keyakinan bahawa ianya adalah penyediaan herba dan tidak memberikan kesan sampingan.
Melainkan seandainya kaedah yang digunakan itu telah melalui satu proses kajian klinikal yang baru dengan kaedah pengambilan ekstrak yang terkawal, ianya boleh menjadi satu complementary yang baik kepada petua-petua yang asal tadi. Sekiranya tidak, maka perlulah kita lebih berhati-hati dalam penggunaan herba sebagai perubatan alternative atau complementary.
Dalam pada itu, janganlah terlalu mengambil ringan bahawa semua herba adalah natural dan selamat. Sedangkan daun ketum, ganja, kas-kas dan daun tembakau itu pada hakikatnya ada herba....Adakah selamat penggunaannya tanpa sebarang kawalan? Sedangkan herba-herba ini boleh dijadikan asas kepada penghasilan dadah melalui proses tertentu. Adakah semua herba sesuai untuk wanita hamil? Mungkin kita tidak peka dengan pengambilan sesetengah herba yang boleh mengakibatkan keguguran, atau mungkin sehingga membawa kepada kemandulan.
Orang kita pula jangan sebaik sahaja mendengar nama herba 'misai kucing', terus diambil dengan mengganggap bahawa ianya sesuai diambil begitu saja. Masih ada petua sampingan yang menyarankan agar ianya diambil bersama madu atau bahan-bahan lain. Ia sebenarnya mempunyai banyak khasiat lain yang kadang-kadang kurang mendapat perhatian kerana apa yang di'highlight' oleh pengeluar adalah lebih kepada tarikan komersilnya.
Semoga kita dapat berusaha untuk mencari ilmu dan bertanya kepada yang ahli di dalam bidang ini agar kita tidak tersalah langkah yang boleh mengundang kemudharatan.