Tuesday, February 11, 2014
Saad Othman Melalui Pembedahan Coronory Bypass
Di Wad CRW - Rawatan & Pemerhatian Sebelum Pembedahan
Makan mee rebus dengan member-member di wad CRW
Gambar bersama rakan di Ward CRW, 6 dari kami menjalani coronary bypass surgey, 5 selamat, tapi salah seorang dari kami En Jamaludin tak dapat di selamatkan
Pagi Sebelum Pembedahan
Suatu pagi yg penuh keheningan dan kesayuan ..... jasad saya sudah siap di disinfect dan dibungkus ..... cuma tunggu call dari OT .... tetapi semua orang cuba saling menceriakan ... terima kasih semua
Disinfect - Setelah dicukur satu badan dan di disinfect dgn providone iodine dan dibilas dendan alcohol ..... kehadiran microbe di permukaan kulit saya menjadi minimum ..... lepas semua anggota badan saya dibalut dengan kain surgical yg sterile ..... serta dikemas dgn tape
Ke OT - Kemudian saat mendebarkan pun sampai ...... ketibaan trolley dari OT (Operation Theater) ..... saya dipindahkan dari katil Ward ke atas trolley yg akan bawa saya ke OT......masanya dah tiba, tak boleh berpatah balik lagi
Ini pukulan terakhir bagi menyatakan sokongan moral dan kasih sayang ..... sebelum babah dibungkus .... dan sesiapa pun tak boleh sentuh lagi, walaupun mama..... terima kasih sekali lagi
Saat2 akhir pagi itu sebelum babah di disinfect dan dibungkus ...... babah faham yg awak semua orang cuba menceriakan suasana hening tu ..... ya babah masih boleh tersenyum .... terima semua
Hari Pembedahan dan di CICU
Akhirnya jasad saya di tolak masuk ke OT (Operation Theater, Dewan Bedah) ..... hilang segala kerunsingan .... cuma tinggal pasrah sahaja.
Setelah 8 hari di CICU ..... sebab ada some lung infection and I could.not breath on my own..... at last discharged to Cardiothoraxic Ward (A1) .
Day 1 di Ward CICU (Cardiothoraxic Intensive Care Unit), selepas keluar dari Dewan Pembedahan (OT) ..... pembedahan selama 6 jam, dari jam 9.00pg sampai 3.00ptg .... walaupun masa itu cuma separuh sedar, tapi saya percaya saya masih hidup
Day 7 di Ward CICU ...setelah berdoa dengan seluhur hati .... " Ya Allah, not this time please, I am not ready yet".... pada malam Day 6, kemudian mimpi dahsyat tu pun tamat disitu .... keesokannya saya dah mula boleh bernafas sendiri .... semua orang happy, doctor happy, nurse happy, attendent happy ..... sampai cleaner pun happy ..... dan mimpi dahsyat selama3 hari 3 malam tu pun terus berhenti dan tak berulang lagi.
Rawatan Susulan selepas pembedahan di WAD 1
Masih lagi di Ward A1 .... tapi telah dipindahkan ke cubical yg terakhir (ke4) .... itu menandakan kesihatan kami makin stabil dan kemunkinan untuk discharge itu adalah tinggi
Antara post surgical changes is sensitivity to cold .... in some patients it can last for 2 years ..... sebab itu pagi2 kalau rasa tersangat sejuk, saya dijemukan dipanas matahari pagi untuk membantu badan saya mengeluarkan haba sendiri.
Di ward A1 tu, pagi2 datang le physiotherapist ajar kami cara guna "bantal dada" terutamanya semasa batuk ..... dan juga cara berjalan dengan betul.
Hampir setiap pagi juga ... sebelum berjalan .... kami perlu buat satu siri senaman bersama dgn physiotherapist .... kami berlatih cara pernafasan yg betul dan berkesan .... memaksimakan perkembangan paru2 ... dan initiate batuk yg boleh mengeluarkan kahak.
Setelah penat berjalan ..... setiap 10-20m kami diajar cara merehatkan jantung .... iaitu dengan cara berdiri menyandar pada dinding ..... dan kawal pernafasan. Di Ward A1 juga kami diajar cara naik tangga dengan betul ..... supaya tidak membebankan jantung kami yg baru di bypass.
Sembahyang cara orang sakit di Ward A1 ..... sembahyang sambil duduk atas katil ..... sebab tak mampu berdiri dan tak mampu sujud macam biasa.
Saya dengan salah seorang member berenam yg melalui pembedahan coronary bypass ... En Hamdan .... yg share banyak cerita kerisauan ttg pembedahan tu ... dan juga kisah "alam" post-surgical
Kami 4 orang bersama phydiotherapist yg mengajar kami sepanjang 1 minggu di Ward A1 (Cardiothoraxic) ..... seorang dah cepat sembuh, dah balik ke Kedah ..... dan seorang lagi meninggal.
Di antara ahli keluarga yg memberi sokongan
Pandai sekeluarga dari Yokohama, Jepun
Aminah dan keluarga .... terima kasih ... datang all the way from Tanjung Malim
Anak2 lelaki dan isteri setiap hari menunggu babah di hospital ....kesian mama cuma tidur atas kusyen setiap malam ... tapi tetap menjaga babah — with Faris Saad and 2 others.
Anak menantu duduk keletihan dilantai ..... kecian .... tapi masih nak tunggu babah ... terima kasih semua — with Sarah Diyana and 2 others.
Anak2 dan anak2 saudara ramai yg datang menziarah ..... sangat membahagia dan menceriakan ...paknjang sangat happy .... terima kasih semua. — with Sarah Diyana and 6 others.
Posing tercantik dan paling meriah sehari sebelum dibedah .... dengan anak, isteri dan menantu .... juga bersama adik saya Mohammad Othman yg balik dari Jeddah bersama anak2 dan isterinya
Di antara yang melawat dan memberi semangat
Ini adalah antara pelawat yg paling glamour yg melawat saya semasa di Ward CRW hari tu, iaitu Dato' Omar Osman, Naib Canselor USM dan isteri beliau Datin Noraizan Jamaludin ... tak sangka betul, tapi sangat mengharap .... hehehe — with Dato' Omar Osman and Noraizan Jamaludin.
Dato Rozemi dan Staff TNB Transmission |
Antara orang yg rapit dengan saya untuk urusan harian .... Isteri saya dan 2 orang Research Officers saya |
Antara lawatan yg sangat bermakna .... dari Dekan dan Timb2 Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi USM .... ia sangat bermakna untuk says |
Antara orang terawal melawat saya di Ward CRW adalah staff Ecohub saya ... En Adenan, Pn Sabrina dan Cik Amalina — with Amalina Omar.
Antara kunjungan yg paling mewakili .... iaitu dari Sekretariat Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia ...... terima kasih datang dari pelbagai negeri. — with Suhaimi Esa.
Semangat Selepas Pembedahan
Babah dan mama ready nak balik rumah selepas 3 minggu di Hospital
Setelah 2 minggu discharged dari Ward A1 ... kami geng2 ward CRW pi lepak. Kat dada pun masih kena pakai chest hugger. — at Original Penang Kayu Nasi Kandar.
Subscribe to:
Posts (Atom)