Monday, October 29, 2012

Berkidmat di Shuaibah

1/10/2012 Mula berkhidmat di Shuaibah Water & Power Plant

Anggota kerja SAMAOMCO (Saudi Malaysian Operation & Maintenance Company Limited), Zulhailey dari Malakoff Bhd(Kiri) dan Saeed, Warga pakistan

Suasana pagi du rumah penginapan di Sharbatly Village, Jeddah

Ibu Pejabat Shuaibah Water & Electric Company (SWEC) di Jeddah

Thursday, August 23, 2012

Mengesan dan Memulihkan Pusara Hj Ismail Abdul Rahman




Pusara yang Hj Ismail Abd Rahman (Basal Bin Badas) yang tidak diziarahi oleh anak cucu allahyarham cuba dikesan untuk dipulihkan semula telah diusahakan oleh Saad, Azmi dan Mohammad serta keluarga.

Tiada seorang pun dapat memastikan lokasi pusara Hj Ismail. Hanya berdasarkan anggaran oleh En Azmi (Abg Man).




Keadaan tapak perkuburan dan nisan yg ditenggelami air di hari hujan.

Usaha diteruskan untuk mengenalpasti tapak lokasi dengan menggali batu nisan yang hampir tertimbus.




Namun, batu nisan yang digali sendirian orang Mohammad pada 21 Ogos 2012 dan dibawa balik dan dicuci di Teluk Kechai sukar dikenalpasti nama dan tarikh kematian.
 
Keadaan Batu Nisan sebelum dicuci yg tidak dapat dikenalpasti lokasinya, nama si mati, mahupun tarikh kematian kerana keadaannya yang begitu lusuh tanpa sebarang penjagaan sejak dipasang.
Dengan bantuan pembuat batu nisan, En Ahmad membuat anggaran bahawa batu nisan ini berusia diantara 20 - 30 tahun berdasarkan jenis batu, iaitu Batu Bukit Mertajam yang dipahat tangan.  Ianya dijangka dibuat oleh tukang nisan berbangsa China.


 Memang tidak jelas tulisan di batu nisan yang ditemui.  Dalam pada itu, tiada seorang pun dapat mengenalpasti tarikh kematian arwah dan juga surat mati yang berkenaan.  Dengan teknik menyapu kiwi, Mohammad dapat mengenalpasti nama yang mungkin adalah perkataan 'Rahman' dan angka '8' atau '18' atau '8 - 2'.
Akhirnya berdasarkan kepada hari kematian arwah yang disahkan oleh Aminah Othman iaitu bersamaan dengan hari beliau melaporkan diri ke Sek Men Teknik Alor Setar pada tahun 1982 iaitu pada Hari Isnin 8/2/1982.

Akhirnya, kata sepakat diperolehi untuk memilih tapak nisan berkenaan sebagai pusara Hj Ismail utk dipulihkan dengan tarikh kematian sebagai 8/2/1982.  Mohammad mengambil inisiatif utk memasang kepuk dan nisan baru pada 23/8/2012. Namun kesilapan pemasangan menyebabkan penjuru kepuk berkenaan patah dan usaha pemasangan ditangguhkan untuk membuat kepuk dan nisan yang baru.

Sebagai langkah sementara, susunan bata dibuat dengan memasang semula nisan yang lama sebagai tanda. 

 
 
 
.

Menuai Petai di Dusun Wang Tepus


Sebahagian daripada Petai yang dikait adalah lebihan daripada yang dicuri orang tempatan.
 Sedap petai segar dimakan dengan bekal nasi lemak
 Petai bakar - Best

Tuesday, August 21, 2012

Menziarahi Pusara Hjh Mah Binti Mad Saman

20 Julai 2012 - Ziarah ke pusara Hjh Mah Binti Mad Saman, ibu kepada Hjh Jah Ismail di Tanah Perkuburan Alor Setul, Langgar, Kedah. Diketuai oleh Saad Othman dan Azmi serta sebahagian ahli keluarga.Laluan kecil ke arah tanah perkuburan melalui sebuah jambatan kecil agak sukar dimasuki kereta. Kami memilih untuk berjalan kaki beramai-ramai.



Batu nisan pusara tercatat nama Mah Binti Mad Saman yang meninggal pada 24/7/1976


Doa dibaca serta Fatihah disedekahkan kepada Allahyarhamah





Sempat juga saya mencuci sedikit persekitaran kubur yang ditumbuhi rumput

Hari Raya Aidil Fitri 2012



 
21 Ogos 2012 - Di rumah Tok Lang Mat, ayah Pak Ndak Halim di Teluk Malik, Jitra di hari Majlis Kesyukuran sempena pada Hari Raya ke 3


19 Ogos 2012 - Keluarga Isteriku Faudziah bergambar kenangan di Hari Raya Pertama Aidil Fitri di rumah Hj Ramli dan Hjh Zainab di Batu 4 Jalan Kuala Kedah.  3 dariapada 6 anak-anak Arwah Yasin Lebai Mat dan Che Ah Arshad bersama anak menantu masing-masing

Friday, August 10, 2012

Friday, June 29, 2012

Futsal & Netball Challenge @ Ferro Sport Complex Subang Jaya
(12/5/2012)


Netball



Saturday, June 2, 2012

Akad Nikah & Perkahwinan Hanif & Iena
1 Jun 2012

 Pengantian bersiap dengan Mak Andam tak bertauliah...Mak Teh...He he



Teh Tarik selepas penat rehearsal untuk majlis resepsi keesokan harinya...dah jam 12 mlm.
Bilik Pengantin di rumah Mak Ndak


 
 Mak Teh dah siapkan pengantin



Teh Tarik Di Kedai Mamak Darus Salam, Seri Serdang