Friday, August 19, 2011

Ika Marshall Wanita Pertama JMFR


Atikah Mohammad merupakan Marshall Wanita Pertama yang menyertai Janamanjung Fellowship Ride



Bersama adik beliau, Suhaib


Monday, August 8, 2011

Ika di ASTRO

Atikah (Ika), anak ke-2 keluarga kini berkhidmat di ASTRO sebagai Scheduler. Rezeki yang Allah kurniakan ini amat bermakna untuk seluruh keluarga .

Semoga Ika dapat memberikan khidmat terbaik sebagai tanda syukur kepada Allah dan terima kasih kepada yang membantu sehingga berjaya menjadi 'ahli keluarga'
...dapatlah kami merasakan ASTRO Beyond Full Channel - FREEEEE!  TQ

Thursday, August 4, 2011

Anak Sulung Berkhidmat di KEV

Anak sulungku, Muhammad Ihsan mendapat rezeki di bulan Ramadahan 1432H, apabila ditawarkan sebagai pekerja tetap di Kapar Energy Ventures Sdn Bhd., Kapar, Selangor.

Jurutera kelulusan Kejuruteraan Mekanikal dari UNITEN, yang pernah berkhidmat dengan TransEnergia Sdn Bhd, kini akan mengharungi kerjaya baru beliau sebagai Plant Life Assessment Engineer.

Wednesday, August 3, 2011

Apa itu Relong Kedah?

Asasnya adalah:
1 Jemba = 8 ' x 8 ' = 64 kps
1 Relong = 484 Jemba  >>  484 x 64 kps = 30,976 kps
1 ekar = 43,560 kps = 1.406 relong
1 hektar = 2.47 ekar = 3.47 relong

Aiman Terajui Kelab Kembara Uniten


Akhbar Tabloid Kosmo 3/8/2011
 
Kosmo mengisahkan Kelab Kembara Uniten yang diterajui oleh Muhammad Aiman Mohammad

Tuesday, August 2, 2011

Menyusuri Leluhur Simpang Tiga, Biat Moli, Kutacane, Acheh Tengah

Family Kutacane FB
Gambar Lawe Alas. Pandangan dari tebing gunung Lauser.

Pada tanggal 23 Julai 2011, usaha menjejaki saudara mara kepada Allahyarhamah Jah Binti Ismail anak kepada Ismail Bin Abd Rahman @ Badas di Simpang Tiga, Biat Moli, Kutacane, Acheh Tengah telah membuahkan hasil yang amat mengembirakan.


  
 Hari 1, Sabtu (23/7/11) ..  berehat dan makan di Warkop Surya Indah ... kedainya cantik, bersih dan sangat sepcial, kami makan mie goreng dan mie kuah ... enak, tapi agak pedas sedikit.
 
Saad & Habsah Othman bersama Husin Daud, Kepala Dinas Kependudukan dan Catatan Sibil Kutacane, yang juga merupakan sepupu mereka yang tidak pernah berjumpa sebelum ini.  Saya perhatikan Pak Husein dan sepupu saya yg memandu mobil itu pun macam sudah biasa dan selesa dengan warkop itu .... seolah2 macam satu kemestian berhenti dan beristirehat di situ.
  
Hari 1, Sabtu (23/7/11).. dalam perjalanan dari Medan ke kutacane dengan mobil sejauh 245km ... kami berhenti sekejap di Brastagi ... membeli buah2an ...yang menariknya ada dijual buah mangga udang, yg belum pernah saya lihat sebelum ini ... cuma pernah dengar dalam lagu ..... "paling enak si mangga udang, pohonnya tinggi buahnya jarang" ... nyanyian siapa ye? ... ya rasanya sungguh enak dan manis sekali ... betul seperti yg dinyanyikan


Pak Mutalib ... dia pernah merantau selama 15 tahun keseluruahn Indonesia .... katanya kesegenap Indonesia dia telah pergi ... kemudian balik semula ke Tanoh Alas .... kerap saya temui amalan "merantau" ini dikalangan family saya disana .... seolah2 sudah menjadi budaya merekadia dibenarkan kembali ke Tanah Pakpak yg sangat mystery .. Munkin juga ya ... mengikut cerita mereka ... setelah merantau mereka menjadi semakin matang dan semakin pasti dengan apa yg mahu mereka usahakan ... seolah2 merantau itu seperti sebuah "universiti terbuka" untuk mereka ...munkin itu amalan orang2 dahulu. 
Hari 1, Sabtu (23/7/11) ..Orang pertama dari kalangan saudara kami yg kami temui secara tidak sengaja ... kena berhenti kereta sebab isteri saya nak termuntah .... namanya A.Mutalib, anak kedua Tok Salleh, paman saya.... dia tinggal di kampong Laumulgap di Tanah Karo, di perbatasan dgn Tanoh Alas
Secara umum, suku Alas bukanlah suku perantau. Tidak seperti orang Gayo yang menyebar hingga ke Aceh Jaya dan Aceh Tamiang. Tidak juga seperti suku Karo yang membuka kampung hingga ke Aceh Tenggara dan Pukau Kampai di Langkat


Habsah Othman bersama Zainab Ismail
  
Habsah berpeluang mencari salasilah dan maklumat keluarga bersama dengan Zainab Ismail, iaitu ibu saudara beliau (Kakak Sulung kepada Ibu Jah Ismail).  Setiap hari dengan bimbingan dari Saad Othman, semua maklumat dicatat dengan terperinci dan sistematik.

Day 3, pagi ... yg berjeket tu Rajali, adik Sahirsah, anak Saad.... Saad adalah anak Darseh ... Darseh tu adik Tok Wan Ismail (bapa Tok jah) .... Pak Njang dgn dia kira dua pupu le ..... dia pernah ke Kedah, Pak Ngah Man, Lengkuas pernah jumpa dia (kalu tak silap)

Nama Rajali ni pun ujud sebab dia pernah ke Malaysia. Nama asal di Aceh ... NEH. Di belakang tu paman Mutalib tengah mencatit apa2 yg dia ingat sebelum kami update lagi. Ingat nak ambil buku nota dia tu, terlupa pulak. Tulisan dia sebijik macam tulisan Tok Wan. Cantik sangat 
26/7/2011- Dirumah Almarhom Tengku Haji Rajamanal, Keturunan Raja Bintang, salah satu keturunan Raja-Raja Alas .... perempuan ini adalah Hajah Iye, isteri Almarhom dan lelaki sebelah Pak Njang tu adalah putera beliau .... rumah mereka terletak dalam bandar Kotacane .... 

Di rumah Ahmad Din .... whole family posing, selepas lunch, sebelum bertolak balik
 







 Di rumah Ahmad Din .... Mak Ndak sedang berdoa dan menanggis di kubur Tok Salleh .... memang sedih betul bila dengar cerita2 penderitaan mereka ...... memang mereka terdiri dari orang2 yang tabah ..... kita bangga menjadi keturunan mereka
Pilu hati tak terkata.. mak ndak menangis bila melihat kubur ini. Ini lah adik Tok Wan Ismail. Banyak penderitaannya.. semasa abang sulung nya, Ismai meninggalkan mereka 2 beradik di kpg. Tok Ismail mula merantau masa umur 14 tahun dengan niat nak mencari ilmu di Kedah dan membawa hati yang luka kerana penderitaan hidup.

Di belakang rumah Hajah Iye terdapat makam beberapa orang ahli keluraganya .... termasuklah makam suaminya tengku haji rajamanal dan putera sulungnya Haji Tengku Safaruddin ... dulu pernah datang ke Pulau Pinang utk tujuan perubatan, Pak Njang sempat bertemu dia di hotle dulu ...
Day 3 rumah Ahmad Din ...... Sahibah dan Suamnya Zakaria ... terharu betul bila tengok Zakaria terus naik speda motor (sebelum itu) terus pergi ambil Sahibah di sawah .... dan dengan cepat memanggil anak2nya dikebun dan dusun supaya baik dan berjumpa dengan kami ..... terasa betul kehadiran kami dinanti dan dihargai .... dengan cara mereka yg tersendiri ....
Day 4, Selasa (26/7/11) Post 87.... di rumah Rajali, atau nama Alasnya Neh ... Rajali ni adalah anak kedua kepada Saad bin Darseh ..... dia pernah ke kedah, pernah ke rumah Pak Ngah Man, mak ngah Yah di Lengkuas beberapa tahun dulu .... Mak Ndak memulakan bicara / taklimat .... its our routine for every session with any family gathering for documentation purposes .... so that our intention iw well understood



Husin


 
 



RAHSIA KAIN CUKIN
  
Ahmad Din

Habsah Othman Pilu hati tak terkata.. mak ndak menangis bila melihat kubur ini. Ini lah adik Tok Wan Ismail. Banyak penderitaannya.. semasa abang sulung nya, Ismai meninggalkan mereka 2 beradik di kpg. Tok Ismail mula merantau masa umur 14 tahun dengan niat nak mencari ilmu di Kedah dan membawa hati yang luka kerana penderitaan hidup. Tok Wan Ismail hanya merantau dgn sehelai kain yg dipakai yg diperbuat dari kulit kayu.
Asal usul kain cukin tok wan hanya lah dari kulit kayu, sebelum dia berjaya mengubah hidupnya kepada sehelai kain cukin dari guni tepung gandum (iaitu kain belacu).
Rahsia "kain cukin" yg Pak Njang bawa selama ni terjawap juga ..... kalau diperhatikan secara luaran, orang Alas tak bawa kain cukin .... tapi semasa dalam perjalanan melalui Tahah Karo kami perhatikan kebanyakkan depa bawa kain cukin di ba...hu mereka .... munkin ini yg Tok Wan Ismail "pick-up" semasa dia merantau selama 3 tahun melalui Tanah Karo .... lagi pun cuma sehelai kain itu saja lah harta yg ada pada dia waktu itu .... Itulah seluarnya, itulah bajunya, itu lah selimutnya, itulah tualanya ....
Tapi ini juga munkin budaya sejak bapa dia Badas tinggal sebagai suku Pakpak di daerah Dairi lagi .... sebab menurut Ahmad Din semasa dia merantau ke Dairi, menyusuri leluhur suku Pakpak, dengan izin datuknya Tok Salleh ..... dia kata memang suku Pakpak memakai kain cukin .... tapi waktu dahulu mereka cuma memakai "cukin" yg dibuat dari kulit kayau saja
Ahmad Din yg buat keputusan untuk menyusuri leluhur Pakpaknya ... bukan dengan arahan Tok Salleh ......dek kehendaknya yg begitu kuat... akhirnya Tok Salleh benarkan juga .... tapi Tok Salleh latih dia dulu dengan segala ilmu yg perlu sebelum memasuki Tanah Pakpak di dairi .... sebab banyak ujiannya disana ..... setelah lulus segalan ujian itu, barulah dia dibenarkan kembali ke Tanah Pakpak yg sangat mystery ......

CERAMAH MOTIVASI OLEH PROF. SAAD KEPADA PELAJAR
UNIVERSITAS GUNUNG LAUSER, KUTACANE
Dibantu oleh Dr Zuraidah & Habsah



Lembah Alas / Tanoh Alas/ Orang Alas dan Kutacane sangat metropolitant sifatnya ... itulah kekuatan AGARA ... sangat terbuka dan toleren sifatnya .... selagi kaum pendatang mahu dan tahu menghormati suku yg terdahulu .... maka suku yg asal tetap akan menerima dengan hati yg terbuka....

Seperti pepatah orang tua mengatakan "Hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri" ... munkin ada kebenaranya .... tapi sebahagian besarnya harus tetap tinggal ditanah kelahiran bagi menjamin satu kelasterian ... supaya kampung kita terus ujud ... untuk kita perantau pulang kepadanya  - Saad Othman