Sunday, January 3, 2016

Perigi Al Ghars di Medinah

Perigi Al-Ghars (24°26'42.0"N 39°37'38.0"E)

Ziarahku bersama isteri ke Madinah Al-Munawarah kali ini di musim sejuk. Suhu mencecah kurang daripada 15 darjah Celcius. Kebiasaanya kami akan di Madinahs elama 2 malam. Hotel pilihan kali ini ialah Nozol Royal Inn yang tidak jauh daripada Pintu Pagar Utama Masjid (20 & 21).

Pemenemuan baru kali ini termasuklah sabuah restoran Rumah Makan Indonesia yang baru dibuka (baru bagi kami) di Tingkat 1, Hotel Andalus berhadapan dengan Madinah Hilton. Buffet tengahari dengan makanan sama seperti yang dihidangkan untuk Jemaah Umrah dan haji dengan harga SAR15 seorang. Berbaloi.

Kami berjahat untuk menjejakkan kami ke Bukit Magnet di Lembah Jin yang sering diceritakan oleh Jemaah yang berpeluang ke sana. Namun, ini adalah cubaan kami kali pertama. Hanya berbekalkan pandauan dari internet dan Google Maps serta Waze, kami bergerak dalam lingkungan jam 10 pagi dari Kota Madinah.

Kami juga diberitakan tentang sebuah perigi bersejarah berdekatan dengan Majis Quba. Ianya tidaklah dijadikan tempat lawatan kebiasaan bagi Jemaah Umrah dan Haji. Namun, terpanggil juga untuk ke sana demi sedikit pengalaman peribadi.


Destinasi ini adalah Perigi/Telaga Al-Ghars (24°26'42.0"N 39°37'38.0"E) (dengan keadaan agak usang. Bumbung dan dinding bagi memeliharanya juga dibina ala kadar sahaja. Kami hanya mampu
menjenguk dari luar jeriji dan sedikit bukaan di atas bumbung perigi berkenaan.


Diberitakan bahawa Rasululullah SAW pernah meminum dan menggunakan air dari perigi ini dan baginda juga berwasiat agar memandikan jenazah baginda dengan airnya.

      

Bukit Magnet di Lembah Jin

Bukit Magnet (24°43'21.65"N 39°26'57.67"E)

Kami melalui perjalanan sejauh lebih 40km dengan dihiasai pemandangan indah bukit bukau dan lembah berair. Jalan ini tidak merupakan jalan utama. Pada hemat saya ia hanya untuk ke bukit magnet dan beberapa ladang unta di sekitarnya sahaja. Kawasan ini dinamakan juga sebagai Baida Land Park (berdasarkan papantanda yang ditemui hampir tumbang).

      

Kami meneruskan perjalanan menunju ke arah menaiki bukit kerana semua bas juga menuju ke sana. Setibanya di sana, tiada apa yang istimewa, sekadar sebuah bulatan (round about) yang khusus untuk bas membuat pusingan balik (u-turn).

Namun, pemadangannya amat indah dengan bukit-bukit di tengah padang pasir. Pihak berkuasa ada membina beberapa wakaf/pondok sebagai tempat persinggahan dan perkelahan. Keadaan sebuah surau yang tidak terurus terdapat bagi kemudahan orang awam. Kami sempat bersolat zohor di sana.

Selepas solat, maka kami mula untuk menuruni bukit bagi memahami apakah sebenarnya diceritakan sebagai tarikan bukit magnet. Jalan menuju ke arah perjalanan pulang iaitu laluan yang sama yang kami datang tadi. Jalannya agak lurus, tetapi jelas berada dalam keadaan menurun (bukan mendaki) ke arah kota Madinah (membelakangkan bukit).

Di sinilah saya berhentikan kereta, tidak mematikan enjin kerana bimbang system stereng dan break gagal berfungsi, dalam gear neutral, dan cuba untuk merasa tarikan magnet seperti yang diberitakan. Kereta Totoya Furtuner (pinjam dari Mohd Khairi) yang dinaiki kami hanya berdua (Faudziah Ramli) bergerak sedikit demi sedikit kerana sememangnya saya dapati jalan ini mencuram ke bawah ke arah hadapan. Namun, daya inertia agak sukar nak diatasi. Akhirnya, saya cuba membantu sedikit pergerakan kereta dengan memasukkan gear 1, kemudian ke gear neutral semula selepas kenderaan mulal bergerak sedikit.

    

Memang benar, kenderaan mula bergerak, dan mencecah kelajuan 90km/jam. Saya amat yakin ianya hanya hasil daripada tarikan gravity ke paras yang lebih rendah, kerana jalan berkenaan memang mencuram ke bawah walaupan dirasa seolah-olah jalannya mendatar.

Kenapa? Beberapa penjalasan peribada saya:

1. Kita datang daripada keadaan bentuk muka bumi yang kebiasaanya jalan mencuram ke bawah pasti akan berbelok-belok. Kalau lurus, kita merakan ianya seoralah-olah mendatar.

2. Bukti saya sendiri membuat ‘eye leveling’ dengan keadaan sekililing, jalan berkenaan sememangnya mencuram ke bawah ke arah Madinah. Tiada pun optical illusion dengan dataran sekitarnya. Hanya disebabkan jalannya agak lurus, maka ada yang mengganggapnya sebagai mendatar.

3. Sekadar bantuan dengan level gauge dari iPhone sudah dapat membuktikan yang ianya tidak mendatar atau mendaki.

Kami meneruskan perjalanan dan tiba di satu tempat, kami dapati ada bas dan ramai Jemaah berhenti dan berlegar di tepi jalan. Ada juga yang berdiri di tengah jalan dan menghalang laluan kenderaan. Di sinilah yang diceritakan bahawa keadaan mampu mendaki bukit tanpa bantuan enjin.

Kami pun berhenti dengan hasrat untuk membuat sedikit kajian peribadi. Memang benar ada bas dan kenderaan yang tiba di sini, menghentikan bas, meletakkan gear neutral dan dibiarkan kenderaan mendaki dengan sendirinya. Saya juga mencuba di tempat yang sama seperti lakaran yang saya buatkan.

Kenderaan bergerak dengan sendirinya dari point A ke point B. Dari segi mata kasar sememangnya kita seolah melihat jalan dari arah bukit ke Madinah adalah mendatar. Manakala point A dianggap lebih rendah daripada Point B.

Saya ingin membuat lakaran sedikit mengenai keadaan di situ dari segi pandangan mata kasar kita. Dalam Lakaran 1 , kelihatan jalanraya yang sedang menurun, kemudian mendatar sedikit dan kemudian mendaki semula sebelum menurun kembali dari arah Bukit Magnet ke Madinah. Dalam jarak 30 ke 50 meter sahaja.



Penjelasan saya:

1. Ujian kenderaan memang menampakkan kenderaan mendaki dari Point A ke Point B. Pada hemat saya, bukit berkenaan lebih mencuram ke arah Madinah daripada apa yang disangkakan. Maka Point A ke Point B masih lagi mencuram ke bawah dan bukannya mendaki (Lakaran 2).

2. Bukti tambahan adalah botol yang berisi air, bila diletakkan, bergolek dari Point A ke Point B. Apakah magnet akan menarik botol plastik berisi air?

3. Juga tiada sebarang bahan logam seperti kunci dan telefon langsung tidak tertarik ke arah Madinah. Apakah kuasa magnet yang mempu menarik sebuah bas berisi 40 orang penumpang, tidak mampu menarik kunci logam di dalam kocek saya? Kalau ikut logik yang sama, habis tudung orang Malaysia tercabut kerana Brooch berkeronsang logam tergantung-gantung …hehe

Sememangnya jalan berkenaan sudah jauh menurun sejak lebih dari puncak bukit di penghujung jalan tadi. Namun WallahuAlam. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Sunday, April 26, 2015

Bahaya Herba Tradisional Tanpa Kawalan

Serba Herba Carca Marba

"Jangan takut encik, ini adalah persediaan herba dan tiada kesan sampingan!"

Amboi, mudahnya kesimpulan yang diambil. Adalkan ianya herba, maka ianya tiada mudharat dan tiada kesan sampingan? Berhati-hati.

Herba yang mempunyai nilai perubatan memang banyak terdapat di pasaran dan sudah hebat dikomersilkan. Saya bukan orang yang ahli di dalam selok belok perubatan herba tradisional ni. Namun saya rasa teringin nak mengingatkan masyarakat kita yang terlalu mengambil ringan dalam isu mengambil ubatan tradisional secara meluas.

Tidak dinafikan bahawa masyarakat di Malaysia memang telah lama mengamalkan pengambilan ubat-ubatan tradisional dengan nama jolokan ubat 'akar kayu'. Samada herba tumbuhan daripada akar, batang, pucuk, buah, kulit atau bunga memang telah lama diamalkan penggunaannya. Namun, kita tidak sepatutnya lupa kepada proses dan tatacara penyediaan dan pengembilannya yang telah dicuba berkali-kali sejak turun temurun. Sudah ratusan tahun ianya dicuba dan kesimpulannya dirumuskan sebagai 'petua'. Setiap herba yang digunakan oleh nenek moyang kita, sentiasa besertakan dengan petua dos pengambilan dan penyediaannya. Malah kaedah untuk memetiknya sekali pun ada dipesan kepada kita. Ada yang mudah difahami dengan lojik akal, dan tidak kurang pula yang agak susah untuk dirumuskan rasional disebaliknya.

Sebagai contoh, di antara yang hebat dikomersilkan adalah 'tongkat ali'. Bukan hasrat saya untuk membuat panduan penggunaannya, tetapi sekadar untuk berkongsi pengalaman yang pernah disampaikan oleh arwah bapa saya yang memang gemar dan menjadi pengamal perubatan tradisional. Diberitakan bahawa kaedah untuk mengambil akar tongkat ali sekali pun, ada petua dan pantang larangnya. Tidak boleh diambil sesuka hati demi menjaga keaslian dan khasiatnya. Maaf, seandainya saya menggunakan 'pantang larang' di sini. Ianya hanya membawa maksud, tatacara yang perlu dipatuhi dan tidak boleh dipandang remeh.

Seandainya petua mengajarkan kita untuk merebus sesuatu herba itu, dari 3 bahagian air sehingga menjadi 1 bahagian, kemudian diminum 3 kali, selama 3 hari. Bermakna itulah tatacara membuatnya yang bertujuan untuk memastikan kepekatannya dan dos yang diambil adalah terkawal. Kepekatannya akan berbeza dan dosnya boleh memudaratkan atau tidak memberi kesan seandainya petua berkenaan tidak diikuti. Kalau hanya berbekalkan kreativiti atau untuk mencari jalan pintas, maka terus kita kisarkan herba berkaan menjadi serbuk dan ditelan begitu sahaja, apakah mungkin badan dan buah pinggang kita mampu menerimanya.

Ada di antara herba yang disarankan untuk direbus, dan ada juga yang perlu dibakar. Terdapat perbezaan kaedah penyediaan samada ianya boleh direbus/dimasak terus dalam keadaan segar atau dikeringkan dahulu sebelum diproses. Semua ini adalah di antara petua penyediaan yang telah dipesan sejak turun termurun demi memastikan khasiat perubatannya dapat dimanfaatkan. Tentu ada sebabnya mengapa daun maman, disarankan untuk dilayukan dahulu sebelum dibuatkan jeruk.. Aduyai! Terliur plak...

Sebaliknya, disebabkan keghairahan untuk mendapat keuntungan yang besar dan pantas, banyak di antara petua-petua ini telah diambilmudah dan diabaikan sewaktu pemprosesannya. Akhirnya, kita sebagai pengguna, mengambilnya tanpa sebarang usul periksa dan mungkin terpaksa menanggung risiko yang mungkin boleh membawa kemudharatan yang tidak diingini. Hanya berbekalkan keyakinan bahawa ianya adalah penyediaan herba dan tidak memberikan kesan sampingan.

Melainkan seandainya kaedah yang digunakan itu telah melalui satu proses kajian klinikal yang baru dengan kaedah pengambilan ekstrak yang terkawal, ianya boleh menjadi satu complementary yang baik kepada petua-petua yang asal tadi. Sekiranya tidak, maka perlulah kita lebih berhati-hati dalam penggunaan herba sebagai perubatan alternative atau complementary.

Dalam pada itu, janganlah terlalu mengambil ringan bahawa semua herba adalah natural dan selamat. Sedangkan daun ketum, ganja, kas-kas dan daun tembakau itu pada hakikatnya ada herba....Adakah selamat penggunaannya tanpa sebarang kawalan? Sedangkan herba-herba ini boleh dijadikan asas kepada penghasilan dadah melalui proses tertentu. Adakah semua herba sesuai untuk wanita hamil? Mungkin kita tidak peka dengan pengambilan sesetengah herba yang boleh mengakibatkan keguguran, atau mungkin sehingga membawa kepada kemandulan.

Orang kita pula jangan sebaik sahaja mendengar nama herba 'misai kucing', terus diambil dengan mengganggap bahawa ianya sesuai diambil begitu saja. Masih ada petua sampingan yang menyarankan agar ianya diambil bersama madu atau bahan-bahan lain. Ia sebenarnya mempunyai banyak khasiat lain yang kadang-kadang kurang mendapat perhatian kerana apa yang di'highlight' oleh pengeluar adalah lebih kepada tarikan komersilnya.

Semoga kita dapat berusaha untuk mencari ilmu dan bertanya kepada yang ahli di dalam bidang ini agar kita tidak tersalah langkah yang boleh mengundang kemudharatan.

Walluahu'alam...

(Komen yg amat dialukan: Prof Saad Othman, Dr Zuraidah Mohd Yusoff, Dr Nabil Halim, Dr Sarah Diyana, Ummi Hafizah Ruhaizan, Husna, Asmaa Agus, Marjmin Habsah Othman)


Unlike · Comment · Share